Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan...

Tak kisah lah kita berada di usia mana, pasti kita teringin punyai perniagaan sendiri, tanpa ada boss yang perlu kita buat laporan, tak perlu ada orang lain yang asyik tekan kita dan yang pasti tak perlu masuk ke pejabat mengikut waktu yang ditetapkan.

Begitu jugak dengan Umi, dah terasa bosan asyik kejar waktu dan kalau dulu kena keluar awal dari rumah jadi tau tak apa hasrat Umi kalau mungkin dimakbulkan Umi nak ada mulakan 'laundry cafe'.  Jadi bila pihak team The Usahawan menghantar email mempelawa untuk sertai blogger contest tentang bisnes yang ingin saya mulakan, terus Umi perincikan apa yang terbuka di jiwa gitu..heeh

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan (sumber Google)

Hasrat mempunyai perniagaan kedai dobi dan kafe ni dah lama dok berlegar di fikiran, tup tup makin menjadi pulak bisnes dobi layan diri yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan kan. Setiap hari memang penuh, ada jer orang membasuh pakaian lebih-lebih lagi musim hujan memang padat dan kena tunggu.

Secara umum ramai tahu  tentang kedai dobi layan diri yang ada mesin pembasuh (washer), pengering (dryer) dan WiFi serta kerusi menunggu dan kekadang tu ada mesin minuman tin dan kotak kan.  Terkadang tu WiFi tu cuma syarat jer sebab tak langsung berfungsi dengan baik..opps. Seandainya tercapai hasrat kedai dobi dengan kafe tu atau Laundry Cafe  ni Umi akan pastikan semua keperluan yang standard tu lebih baik dengan adanya kafe yang menyediakan kopi, teh serta minuman ringan dan makanan jenis mudah seperti sandwich dan yang seangkatan dengannya untuk mereka. Lebih menarik, akan terdapat buku seperti novel serta majalah bersifat hiburan dan ilmiah yang boleh dibaca dan novel pulak boleh disewa atau dibeli dengan harga murah. Selain dari itu, kedai dobi Umi tu pun akan ada sekurang-kurangnya 2 set komputer untuk mereka guna dengan harga lebih murah dari kedai internet dengan kemudahan cetakan (printing), jadi kalau ada kerja penting, boleh jer mereka lakukan sementara menunggu pakaian selesai dibasuh dan dikeringkan.

Selalu Umi tengok ada orang yang membasuh baju kemudian dia tinggalkan pakaian sampai lebih dari waktu cucian sampai orang lain tak dapat nak guna dan terpaksa menunggu..huh. Jadi, buat yang menunggu tu kan boleh bersabar dan pesan makanan dan minuman kesukaan disamping boleh membaca buku dengan kadar serendah RM1. Membaca buku ni dah lama disaran oleh kerajaan supaya rakyat negara kita ni lebih berilmu dan tak usah asyik dengan bercerita perihal orang lain dan terlalu sibuk dengan gajet. Juga penting selain kerusi disediakan, tempat duduk secara santai pun ada untuk mereka membaca kan.  

Berkenaan kos, belum boleh difikir lagi sebab paperwork pun masih dalam kepala dan tak dibuat secara lisan tapi yang pasti kosnya bukan la murah kan. 

Memandangkan Umi ni pun punya pengalaman dalam pelancongan dalam dan luar negara, mungkin akan terdapat pakej-pakej percutian yang menarik buat pengguna mesin basuh ni dapatkan informasi dan tawaran terbaik yang bersesuaian dengan bajet mereka.  Menarik tak?

Awak semua tunggu apa lagi? Jom la sertai contest bisnes yang ingin saya mulakan, mana tahu kot-kot boleh tercapai hasrat kita tu kan.

Post a Comment

23 Comments

  1. PH pun ada juga impian nak ada business sdiri tapi semuanya dalam kepala je. Dok berangan tak sudah!

    Moga impian Umi jadi kenyataan & good luck ye.

    ReplyDelete
  2. semoga menjadi kenyataan ye umi..aminn

    ReplyDelete
  3. dekat area rumah ni ada jugak laundry cafe tapi makanan dia agak mahal. Sedap tu tak pasti la pulak sebab tak pernah rasa. All the best kak :D

    ReplyDelete
  4. Semoga impian jadi kenyataan. Teringin juga nak ada business sendiri ☺

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan. Realiti bermula dengan impian macam ni. Moga perjalanan untuk mencapai impian ni dipermudahkan. Sambil menunggu laundry siap boleh minum-minum. Good idea juga macam ni.

    ReplyDelete
  6. Love konsep dia. Tak de la buang masa ye. Nak gak buat bisnes but too risky for me la. I tak daring sangat. Satgi tak tido malam.

    ReplyDelete
  7. Sekarang dah banyak dobi layan diri kan..dah di franchise kan..kalau dapat buka bisnes macam ni pun bst..adakan sekali cafe..sambil menyelam sambil minum air kan

    ReplyDelete
  8. Bisnes berpotensi tinggi ni..sebabnya banyak famili lagi gemar basuh baju di kedai dobi..lebih cepat dan mudah kata mereka. sambil menunggu, bolehlah lepak2 minum di kafe yg juga terletak di dalam lobi itu sendiri..good luck

    ReplyDelete
  9. Good luck untuk kontest tu... Kita pun teringin nak ada business sendiri tengok orang lain mula perniagaan kita pun nak juga ubah hidup menjadi lebih berjaya....

    ReplyDelete
  10. wah bagus ni..laundry memnag perniagaan yang bagus dan mudah..sekarang ramai orang guna laundry ni untuk basuh pakain diaorang..kalau siap ada cafe lagi best..

    ReplyDelete
  11. Sis pun dah pernah buat busines sendiri. Buat busines restoran n salon. Pening gak lah kepala nk jaga..dh tutup dh bila anak kecik2. Now anak dh besar terasa nak mulakan busines semula..tapi tu lah tak tahu lak nak buat apa

    ReplyDelete
  12. tinggi cita2 ni.. dan banyak potensi.. semoga berjaya. dalam bisnes ni banyak halangan dan kejutan.

    ReplyDelete
  13. it's great to hv a dream business in mind.. hope you start off ur biz soon and hv many profit from it!

    ReplyDelete
  14. Satu idea yg bagus nak bukak laundry cafe. memandangkan zamn skrg ramai hantar diobi layan diri utk basuh pakaian.boleh mandaatkan trend ini utk buka perniagaan

    ReplyDelete
  15. Bagus idea ni .. kalau siap ada cafe.. memang tak bosanlah pengguna menunggu sementara baju-baju sednag dicuci, bole la minum secawan teh or coffee kan.. heheh

    ReplyDelete
  16. Look attractive the business that you recommend. Will share with those that want to have their business. Now so many ppl venture into business.

    ReplyDelete
  17. Menarik lah idea laundry cafe tu sebab lain dari yang lain. Konsep Dan idea tu memang best . Pernah gi dobi pastu bosan xde apa2 hiburan. Kedai makan kadang2 jauh.

    ReplyDelete
  18. wahh syoknya idea akk.. Laundry cafe....sllu ada dobi layan diri je kan.. Dpt lepak sementara menunggu bju siap ok gk kan.. Kita pon ada impian sndri utk bisnes..hehe

    ReplyDelete
  19. Saya pun ada impian nak ada business sendiri nanti. Tapi, tak tahu bila. Idea macam-macam ada, cuma rezeki belum ada. So sekarang just simpan angan-angan dan cuba slow-slow untuk merealisasikannya

    ReplyDelete
  20. Wah menarik idea busines you. Trime kasih kerana sudi join contest kami. Bagi rakan blogger lain yang nak cuba menang hadiah menarik, jom join contest ni:
    https://theusahawan.com/theusahawan-blogger-contest

    ReplyDelete
  21. bagus bisnes laundrr cafeyang diimpikan...zaman skrg ramai yang suka konsep macam ni ..and good luck foir the entry..insyallah sukses :-)

    ReplyDelete
  22. Gud luck..
    buat masa ni saya buat bisnes part time ja dari rumah sambil2 tengok2 kan anak..
    Memang nk berniaga ni banyak cabarannya..salah satunya masa, tenaga dan modal..apapun semoga sukses

    ReplyDelete
  23. All the best umi!! Contest ni Syu nak join haritu tapi entri masih draft hingga sekarang. ahaks.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!