Assalammualaikum, salam hujung minggu buat semua.

Resepi kali ni bukan terlalu istimewa tapi ni juadah pemikat hati en hubby Umi. DH ni kalau dengan petai memang berselera sangat, jadi semalam masak ler sambal udang dengan petai memandangkan dia baru balik dari luar daerah minggu lepas.  Kat rumah ni hanya DH dan cik Meya jer yang makan petai, yang lelain cuma makan udang dan tengok petai.

Resepi Sambal Udang Dengan Petai Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:
500 gm udang putih sederhana besar, dibuang kulit
3 papan petai, dibuang kulit dan dibersihkan
3 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/4 gula gerek
air asam jawa
1 cawan air putih
Garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar:
15 tangkai cili kering, direndam dengan air mendidih dalam 5 minit, toskan
3 tangan cili merah
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 inci belacan


Cara membuatnya :
  •  Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang hingga kekuningan
  • Masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga terbit minyak
  •  Masukkan air asam jawa, gula gerek dan kacau hingga sebati
  •  Masukkan udang kemudian kacau supaya udang sebati dengan sambal dan masukkan petai, kacau dan biarkan dengan api perlahan
  •  Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.

Nota :

  • cili merah akan mengurangkan rasa pedas dan lebih sedap dan wangi bila dibuat sambal tumis
  • bagi sesetengah orang mereka akan masukkan gula putih atau aji no moto atau secukup rasa supaya cili tidak terlalu pedas 


Selamat menjamu selera.

5 Comments

  1. mmm,, nyum nyumm nyummm.. sedapnya udang sambal petai.. ekin suka udang sambal petai ni, walaupun sejenis x makan petai,, ehehe,, tapi memang sedap :D

    ReplyDelete
  2. boleh geng dengan suami Cik Ash buat sambal daging petai pun berselera makan...dekat blog cik ash ada sharing

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!