Setiap kali dapat jemput dari Domino's Pizza memang tak pernah tak teruja.  Terjua nak tahu apa yang baru dan apa rasanya hehe dan yang rasa teruja sebab kita ni dah jadi macam blogger istimewa buat Dominos haha..jangan kecam ya tu cuma perasaan sendiri jer dan lagipun ramai lagi blogger yang dijemput tapi tak dapat hadir atas sebab yang mereka sendiri sedia maklum.


Yee Haw! Domino's Pizza Wild West Madness Dengan Piza Daging Carik Menjadi Daya Tarikan Terbaharu

Menghadirikan diri ke pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’ dari Domino’s yang ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept Mall yang terletak di Ara Damansara ni pun buat teruja sebabnya kita jadi orang terawal tahu keberadaan piza terbaru ni walau dah dua hari piza ni ada dipasaran tapi masih ramai yang tak tahu..eh ye ke? tapi buat penggila piza dari Domino's Pizza ni tak kan tak tahu kannnnn.


Domino's Pizza memperkenalkan rangkaian piza " Pulled-Meat" sebagai tambahan terbaharu kepada menu sediaadanya.  Diilhamkan oleh cita rasa barat yang seringkali menjadi kegemaran rakyat Malaysia sewaktu merayakan detik istimewa,  piza 'daging carik' menawarkan cara paling menarik untuk keraian kita tu.  Memang terbaiklah Domino's Pizza ni yang sering menunaikan janjinya dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti serta bernilai tinggi termasuk kemudahan kepada para pelanggan yang dikasihnya.

Yee Haw! Domino's Pizza Wild West Madness Dengan Piza Daging Carik Menjadi Daya Tarikan Terbaharu

Pulled-Beef’ Pizza, selaras dengan usaha untuk menghidangkan hanya yang terbaik kepada pelanggan, Domino's Pizza menggunakan daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia dengan ciri-ciri yang menepati piawaian sebagai focus utama piza baharu ini. Piza ‘Pulled-Beef’ baharu menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle yang lazat, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk memberikan rasa manis dan pedas yang pasti menambat selera kita. Rahsia kelembutan daging ialah prosedur memasak selama lima jam. Penyediaan bahan bermula dengan proses memerap daging untuk meresapkan perasa ke dalam pori-pori daging, diikuti oleh proses 'menggaul' untuk 'mengurut' daging selama 15 minit.  Daging kemudian dipanggang secara perlahan-lahan dalam ketuhar sekurang-kurangnya untuk lima jam sehingga daging berderai, sedia untuk disiat-siat atau 'dicarik'

Produk terbaharu juga menampilkan ‘Pulled-Chicken’ Pizza dibuat daripada daging dada ayam disiat-siat, digandingkan dengan sos Chipotle, tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi rasa manis dan perisa yang seimbang. 

Golden Chicken Tenders baharu melengkapkan rangkaian piza. Isi ayam yang lembut terlebih dahulu diperap, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar (tidak pernah digoreng) hingga sempurna supaya setiap gigitan terasa rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia dihidangkan dengan Zesty Coleslaw baharu dibuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis dengan kuah limau masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.

Sebenarnya Piza Pulled-Meat dan Golden Chicken serba baharu kini boleh didapati di restoran Domino's Pizza di Malaysia Barat bermula 5 November 2018 dan pasti ramai dah mencuba kan!

Yee Haw! Domino's Pizza Wild West Madness Dengan Piza Daging Carik Menjadi Daya Tarikan Terbaharu
 “Dalam usaha menunaikan tuntutan pengguna kami yang sentiasa berubah, kami berusaha untuk melakukan segala-galanya untuk memberikan tawaran terbaik dalam industri. Misi kami adalah untuk mencipta nilai menerusi segala titik hubungan pelanggan. Kami melakukan segala-segalanya dengan sedaya upaya kami, dari segi menawarkan pelbagai produk dalam menu kami mahupun menyediakan hiasan dalaman yang kontemporari dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami tetap fokus pada empat tunggak jenama kami, iaitu kehebatan produk, kehebatan perkhidmatan, kehebatan nilai dan kehebatan kemudahan. Ini termaktub dalam janji jenama kami. Oleh itu, Domino’s sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan menerusi setiap tunggak jenama di pelbagai titik hubungan pelanggan.

”Sungguhpun kami beroperasi dalam industri Restoran Perkhidmatan Segera (QSR), ia tidak menghalang kami daripada menyediakan produk bermutu tinggi yang biasanya dihidangkan di restoran berkualiti tinggi. Kami bersungguh-sungguh dalam segala yang kami lakukan. Kerana itu, kami telah berusaha dan menghabiskan banyak masa untuk menjadikan ini satu realiti. Menu kami kini menawarkan lebih banyak pilihan daripada sebelumnya tetapi tetap mengambil kira kemampuan pelanggan. Kami bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan tetapi juga menawarkan produk bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi untuk dinikmati oleh pelanggan bersama mereka yang tersayang. Kami sentiasa mendampingi dan mendengar kemahuan pelanggan dan kami faham bahawa mereka mahukan bahan yang berkualiti. Pelancaran ini benar-benar mencerminkan janji baharu jenama kami ‘It’s All About You’ – untuk sentiasa menunjukkan kepada pelanggan bahawa kami menghargai mereka,” tambahnya. Produk terbaharu ini benar-benar memperlihatkan komitmen kami dan janji baharu jenama It’s All About You,”

Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura


Yee Haw! Domino's Pizza Wild West Madness Dengan Piza Daging Carik Menjadi Daya Tarikan Terbaharu


“Pelancaran pada hari ini menjadikan Domino’s Pizza sebagai QSR pertama di Malaysia yang menawarkan sajian daging carik dalam menu. Menawarkan produk baharu dalam menu nampak mudah, tetapi produk ini diilhamkan secara khusus dengan teliti untuk memastikan ia memberi pengalaman 5 bintang kepada pelanggan. Daging diperap dan dimasak perlahan-lahan selama berjam-jam untuk memastikan daging lembut, menyelerakan dan lazat untuk disajikan di atas piza. Kami berbangga menawarkan piza bermutu paling tinggi dengan penyediaan terperinci untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami"

"Tiada yang dapat menyatukan keluarga dan kawan-kawan untuk menyambut perayaan selain daripada sajian makanan lazat di atas meja. Dengan Domino’s Pizza, setiap saat menjanjikan keceriaan dan keseronokan. Menjelang musim perayaan hujung tahun, kami dengan sukacitanya menawarkan bukan sahaja pilihan yang lazat tetapi lebih penting lagi, produk istimewa bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan dan ramuan berkualiti untuk dinikmati oleh pelanggan bersama keluarga tersayang. Pelanggan kami ialah sumber inspirasi kami. Kami sedar bahawa daging tarik yang empuk, lembut dan berair bukan murah dan tidak mudah didapati di pasaran. Oleh itu, sepanjang enam bulan proses pembangunan produk ini, kami berusaha gigih untuk memastikan kelazatan rasa dan juga ketepatan teksturnya supaya kami dapat menghidangkan piza paling lazat kepada pelanggan, kerana kami melakukan segala-galanya untuk mereka" - Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura





Video 'Its All About You' turut dipertontonkan di majlis pelancaran selain banyak dikongsi di facebook yang dibuat demi menghargai pelanggan Domino's Pizza.

Sebagai tambahan pelanggan boleh menambah RM12.75 atau secara  ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden Chicken Tenders baharu. Pelanggan boleh memilih tambahan RM6.50 untuk Zesty Coleslaw bersaiz besar atau RM2.90 untuk Zesty Coleslaw bersaiz kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90.



Laman Sesawang
 http://www.dominos.com.my

TalianTempahan
1300-888-333

Mengenai Domino's Pizza 
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino's merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi.  Domino's Pizza, Inc mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran.  Di peringkat antarabangsa, Domino's disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian