Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau Sangat Mudah Dan Sedap | Okay ni pun masakan kesukaan mak dan rupanya pucuk belinjau ni memang senang didapati di Pasar Keramat.  Selain di buat masak lemak, pucuk belinjau ni pun sedap kalau buat tumis air. Rasanya yang manis dan agak lemak ni pasti jadi kesukaan tidak seperti buah belinjau yang agak kepahitan tapi kalau kerepek belinjau tu pahit-pahit pun kita makan kan.

Ada yang memanggilnya daun belinjo, melinjo tapi bunyi seakan jadi boleh la jugak difahami kan.  Apa pun bila dapat daun pucuk belinjau ni memang rasa teruja sangat sebab memang sedap!

Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau

Bahan-bahan:
2 ikat daun belinjau, disiang dan dibuang tulang tengah
2 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
2 tangkai cili kering, dikerat dalam 1 inci
sedikit suhun, direndam supaya lembut (kalau tak letak pun ok)
1 biji telur
1 cawan air
2 cawan santan pekat


Cara memasaknya :
  • Masukkan air, bawang merah, bawang putih, cili kering bersama daun belinjau di dalam periuk dan direnih hingga daun nampak lembut dalam anggaran 5 - 7 minit kerana pucuk belinjau ni memang lembut.
  • Masukkan santan dan suhun dan kemudian pecahkan telur.  Biar ia merenih tapi jangan sampai pecah minyak. Anggaran dalam 10 minit dengan api sederhana.
  • Tutup api dan masukkan garam.

Nota :

  • Kalau makan dengan nasi panas jangan lupa buat sambal belacan pastu dicicah pulak dengan keropok belinjau goreng, pasti bertambah-tambah nasi pulak.
  • Untuk resepi masak lemak daun pucuk belinjau ni ada yang meletakkan ikan bilis bukan telur jadi kita boleh memasak mengikut selera masing-masing


Resepi Masak Lemak Daun Pucuk Belinjau Sedap Dan Ada Khasiat Rupanya
Pucuk buah belinjau yang muda memang sedap dengan rasa lemak memang sesuai untuk dibuat tumis air, masak lemak putih ataupun gulai

Resepi Masak Lemak Daun Pucuk Belinjau Sedap Dan Ada Khasiat Rupanya
pxi sumber Google
Dulu bonda saya membuat gulai lemak buah belinjau dengan udang dan masak lemak putih buah belinjau ni tapi sekarang ni payah nak dapat mungkin sebab ramai dah buat kerepek kot.

Ramai yang tak tahu daun, buah dan pokok belinjau ni banyak juga khasiatnya antaranya
  • Pucuk belinjau boleh dibuat ulaman, dimasak tumis air, masak lemak dan dijadikan gulai
  • Belinjau mengandungi pelbagai khasiat dalam merawat penyakit kulit, mata dan pencegah tumor serta kanser
  • Batangnya yang keras boleh dibuat alat pekakas dapur seperti pemarut dan tempat pemotong 
  • Kulit batang pokoknya yang berserabut boleh menghasilkan sejenis benang untuk tali pancing dan jala
Resepi Masak Lemak Daun Pucuk Belinjau Sedap Dan Ada Khasiat Rupanya
pix sumber Google
  • Biji belinjau mendatang hasil pendapatan bagi industri kecil dan surirumah dengan diproses menjadi keropok dan emping

Apa yang pasti mesti korang pernah makan kerepek buah belinjau ni kan tapi kalau jumpa buah tu beli dan cuba masak.

pv435/up040520