Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas

by - June 17, 2020

Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas | Masa bulan puasa tempohhari, bila masuk dapur untuk menyediakan juadah berbuka ternampak kat atas kabinet banyaknya epal merah dan epal hijau tapi tak boleh buat jus sebab dah tempah jus secara online. Terus teringat nak buat apple cumble dengan topping aiskrim vanilla..huishh sedap kan.

Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas


Ada peminat apple crumble jamie oliver tak? ala saya tak ikuti pun masakan chef celebrity tu tapi resepi ni ikut Majalan Wanita tahun bila tah yang saya masih simpan hingga hari ni. Sesambil tu jengah jugak resepi mat salih yang mengesyorkan guna smith apple  tapi epal yang saya guna ni dah dibersihkan jadi tak pasti jenis apa.  Ada resepi yang menggunakan oat kiranya healthy apple crumble la tapi rasanya kurang laku walau oat kat rumah ni memang sedia ada.

Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas


Bahan-bahan:-
5 biji epal hijau
2 biji epal merah
100 gram mentega tanpa garam (unsalted butter)
30 gm serbuk kulit kayu manis
100 gm gula perang (nak guna gula putih pun boleh)
perahan jus lemon
30 gm tepung kastard

Bahan untuk pastri:-
500 gm tepun gandum
150 gm oat (optional)
200 gm mentega tanpa garam
1 biji telur
1/2 sudu teh garam


Apple crumble versi ringkas:-
  • Buangkan kulit epal dan biji, kemudian dipotong dadu. Masakkan epal bersama mentega, gula, kulit kayu manis serta jus lemon. Kacau dan masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air.  Biarkan seketika dan tutup api
  • Masukkan tepung gandum ke dalam bekas mangkuk yang besar, potongkan mentega menjadi kepingan-kepingan kecil dan taburkan ke dalam tepung dengan sedikit garam.  Biarkan seketika dalam suhu bilik (± 20 minit) supaya mentega menjadi lembut.  Gaulkan mentega dengan tepung dengan tangan atau mesin pengisar dan masukkan telur, digaul sehingga adunan menjadi butiran-butiran kecil.  
  • Campuran epal dimasukkan kedalam bekas, digaul hingga rata. Tuangkan adunan pastri hingga menutupi campuran epal
Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas
dah kena scoop out dah tu

  • Bakar didalam ketuhar selama lebih kurang 30 - 40 minit. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan dengan aiskrim vanilla dan syrup.

Nak lebih pasti, boleh tengok kat video yang saya kongsikan nanti

Resepi Apple Crumble Mudah Dan Sedap Di Makan Waktu Cuaca Panas

Cara menghidang:-

Sediakan satu mangkuk kecil.  Cedukkan apple crumble ke dalam mangkuk dan kemudian telangkupkan mangkuk di atas piring atau mangkuk yang lain, kemudian tambahkan ais krim di atas crumble.  Hiaskan dengan sos karamel dan sedia untuk dimakan

You May Also Like

9 Comments

  1. wah..nampak sedap la. tak pernah makan apatah lagi buat..boleh la try akan datang

    ReplyDelete
  2. dah lama x makan.. nyum2 mcm teringin lakk

    ReplyDelete
  3. Sedap! Rasa lemak-lemak butter + custard. Aduh, dah meleleh air liur 🤤

    ReplyDelete
  4. nampak macam mudah tapi saya tak pandai nak buat kak.. kalau nak cuba nanti boleh guna resepi ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa.. makan dengan ice cream mabelesssss

    ReplyDelete
  6. Wah bagus ni dicuba..kadang apple hijau tak habis tu..daripada membazir.

    ReplyDelete
  7. letak esssskrim tu wajib !!!! buat trangkat rasa bila makan hahah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!