JennOrtho Membantu Tangani Masalah Kaki Untuk Kekal Selesa Dan Sihat | Minggu lepas saya berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kaki di pusat kesihatan kaki JennOrtho yang terletak di kompleks membeli belah Mid Valley Megamall. Kita sedia maklum, kaki merupakan antara anggota yang ligat bekerja saban hari, siang dan malam dan bagi membolehkan ianya kekal digunakan, kita perlu pastikan kesihatan kaki kita. 

Sekiranya anda pernah mengalami keadaan seperti sakit di bahagian bawah belakang badan, keletihan kaki, sakit tumit, sakit tapak kaki, sakit lutut atau sakit pinggang, sakit di lengkungan tapak kaki, jari kaki melengkung, kaki berkematu, tulang kelihatan menonjol di ibu jari kaki atau buku lali tidak stabil, anda seharusnya mendapatkan rawatan dengan segera sebelum keadaan menjadi bertambah teruk hingga menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit lain.

JennOrtho merupakan pusat kesihatan kaki yang dapat membantu anda yang mempunyai masalah berkaitan kaki dengan memberi tumpuan kepada biomekanik dan penyelesaian menyeluruh dengan bantuan produk ortotik serta penjagaan kesihatan kaki.


JennOrtho dibawah teraju Dato Dr Edmund Lee, PhD yang merupakan pakar Ortotik dan Prostetik yang sangat dikenal di Malaysia.

Apa yang menariknya di JennOrtho, pengunjung boleh mendapatkan pemeriksaan pengimbasan kaki secara percuma dimana kaki anda akan diimbas secara Perubatan Ortotik Custom 3D (3D Custom Medical Orthotics). Perubatan Ortotik Custom 3D (3D Custom Medical Orthotics) adalah perubatan yang direka khas di dalam kasut anda (atlet, kasual, pakaian, diabetic atau kasut bagi aktiviti khas. 3D custom medical orthotics ini membantu kaki berfungsi pada kadar optimum dengan mengimbangan tubuh kedudukan nutral dan menghapuskan rasa sakit akibat ketidakseimbangan berpunca dari masalah bahagian bawah tapak kaki, pergelangangan kaki, lutut, pinggul mahupun punggung.




Saya berpeluang membuat imbasan kaki untuk mengetahui masalah kesihatan kaki disamping nak tahu cara yang lebih baik bagi menangani masalah di masa akan datang. Setelah kaki saya diimbas, saya diberikan kertas keputusan kesihatan kaki yang kemudian dirujuk kepada konsultan. Penerangan yang cukup bagus dan mudah untuk saya fahami malah beliau turut memberi penyelesaian tentang cara terbaik bagi masalah kaki saya.


Terdapat banyak insole yang ready-made dipamerkan disini yang mungkin sesuai untuk anda namun saya sarankan anda dapatkan insole dan kasut yang custom-made yang lebih sesuai untuk kesihatan kaki anda.



JennOrtho menawarkan promosi hebat bersempena pembukaan rasminya pada 29 Jun lalu dan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan insole dan kasut yang bersesuaian untuk kesihatan anda dan juga untuk anak anda, inilah masa yang terbaik dengan harga yang cukup menarik.

Promosi Custom-made insole 
Harga Asal : RM2399 Harga Promosi : RM2199

Promosi Insoles Ready-made JennKids (termasuk kasut) - 
Harga Asal : RM1299, Harga Promosi : RM899

Promosi Insoles Ready-made Dewasa - 
Harga Promosi : RM999

Promosi Keluarga : Beli 2 PERCUMA 1


Dato Dr Edmund Lee., PhD, pakar orthotik di Malaysia



Jom ke JennOrtho yang sangat mudah untuk dikunjungi dengan menaiki LRT Kelana Jaya Line, hanya turun ke stesen Abdullah Hukum dan boleh menggunakan laluan pejalan kaki yang telah dibuka sejak tahun lepas untuk sampai ke Mid Valley Megamall.

JennOrtho
S-011, 2nd Flr, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Website : www.jennortho.com.my | Facebook : https://www.facebook.com/jennortho/
 Instagram : https://www.instagram.com/jennorthoworld/ 
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Ahad)