Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Full Ep 1 hingga Ep 28 | Pasti peminat Kamal Adli tak lepaskan peluang menonton drama terbarunya Perempuan Tanpa Dosa yang diadaptasi dari novel karya Fatinilam Sari Ahmad yang telah ditayangkan bermula 6 Oktober 2020. Drama Perempuan Tanpa Dosa dengan 28 episod ini diarah oleh Micheal Ang dan ditayangkan di Astro RIA dan RIA HD pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Drama Perempuan Tanpa Dosa ni menggantikan drama Ryan Aralyn yang telah pun berakhir.

Nanti kalau ada kesempatan saya akan buat review novel ni ya. Selamat menonton!

Tonton Online Drama Perempuan Tanpa Dosa Ep 1 hingga Ep 28

Pelakon : 

Kamal Adli (Rizal), Uqasha Senrose (Lily), Yusof Bahrin (Rahman), Uyaina Arshad (Usu Sakinah), Zac Zaky (Eddie), Hilal Azman (Dato Majid), Shaza Bae (Yaya), Datin Fadhillah Mansor (ibu Rizal), Azza Elite (Kak Sah)



Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya.

Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui rahsia hubungan Rizal dengan Usu Sakinah Lily pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman.

Ketiadaan Lily, membuat Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

Bagi pelanggan Astro, anda juga boleh strim secara percuma di Astro GO atau tonton di Youtube Astro Gempak.



Tonton Online Drama Perempuan Tanpa Dosa Ep 1 hingga Ep 28 (klik di tajuk)


Tayangan Perdana


Drama Perempuan Tanpa Dosa - episod 16

Drama Perempuan Tanpa Dosa - episod 28 

Drama Perempuan Tanpa Dosa - episod 29 

Drama Perempuan Tanpa Dosa - episod 30

Drama Perempuan Tanpa Dosa - episod 31 

Drama Perempuan Tanpa Dosa - episod 32 

Drama Perempuan Tanpa Dosa - episod 33 


Pemberitahuan:

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuka link video untuk tonton online Drama Perempuan Tanpa Dosa Ep 1 hingga Akhir boleh terus ke Gempak.com atau Astro kerana link yang dicatatkan adalah perkongsian dari Gempak.com dan Grup Telegram. Terima kasih.