Bukan semua orang suka daun pudina sebab baunya yang kuat tapi saya cukup suka daun pudina dimakan bersama laksa selain dari itu daun pudina digunakan sebagai ulam pewangi untuk nasi briyani, juga ulam dengan sambal. Paling saya suka bila membuat lemon mint atau masukkan daun pudina didalam air teh o ataupun sirap dan boleh kunyah daunnya atau daun pudina yang mrsliez.com gunakan didalam vietnamese spring rollnya. Serius memang rasa segar je dalam mulut.

Nak resepi lemon mint, baca baca kat SINI

iamfuzy.com
Cara Tanam Pudina Dengan Keratan Mudah Dan Banyak Khasiat

Dek kerana sukakan daun pudina ni, saya nekad cuba menanam pokoknya walau cukup mudah untuk mendapatkannya terutama di pasaray Hero yang jaraknya dalam 10 -15 minit dari rumah. Memang murah dan banyak tapi sayangnya tidak tahan lama, paling lama pun 2 minggu tapi bila ada stok kurang pulak rajinnya sebab bukan semua ahli keluarga suka jadinya daun pun layu dan buruk.

2 minggu sudah saya beli daun pudina dan simpan secara sorok-sorok batangnya sebab kalau en hubby tau mesti bising sebab dia tau saya ni bukan la pandai bab penjagaan pokok dan kata dia jangan nanti kita disoal bila akhirat nanti sebab tanam tapi tak menjaga..auchh pedih kan.

Bukan apa, nak guna tu sikit saja jadi kalau ada pokok boleh la ambil berapa banyak yang perlu tanpa simpan di dalam peti sejuk. Banyak perkongsian serta tips penanaman pokok pudina ni antaranya blogger Fadzi Razak dan karteldakwah.com yang banyak memberi tips dan info tentang pokok pudina ni.

iamfuzy.com
Cara Tanam Pudina Dengan Keratan Mudah Dan Banyak Khasiat


Menanam pokok pudina dengan keratan.

Petik daun yang elok dari batang pudina dan simpan di dalam bekas. Pastikan hanya keratan batang tanpa sebarang daun. Potong dalam 10cm dan cucuk ke dalam tanah dalam 1/4 bahagian.  Bergantung pada batang pudina, pucuk muda akan kelihatan dalam seminggu atau dua. Batang yang mati kehitaman tu boleh la dicabut buang.


1. Penanaman

Penanaman pokok pudina ini sangat disarankan di dalam bekas berkapasiti 2 liter hingga 5 liter tapi saya guna pasu kecil yang sedia ada tapi tak tahu pulak saiz dan isipadu.  hehe main tangkap muat kan.


2. Pencahayaan

Pokok pudina memerlukan cahaya matahari dalam 3 -5 jam sehari, jadi pokok pudina ni boleh diletakkan didalam rumah yang mendapat limpahan cahaya matahari seperti di tepi tingkap.  Senang sungguh kan sebab bila nak guna jer tak perlu keluar rumah, cuma petik jer 


3. Pembajaan

Pokok pudian adalah sejenis tanaman yang perlu dibaja seara berkala dan baja organik setiap minggu atau dua minggu tu cukup disyorkan. Disarankan menggunakakn tinja ayam beberapa butir setiap minggu, diletak di tepi bibir pasu dan bukan di batang kerana ianya akan menyebabkan pokok pudina tu melecur. Rasanya tinja ayam ni panas la kot tapi tak pernah pulak tau ada tinja ayam dan mungkin boleh beli kat nurseri kot.


4. Pengairan

Pokok pudina suka air yang banyak tapi pastikan tidak bertakung. Sebaiknya siram pokok pudina 2 kali sehari iaitu pagi dan lewat petang dan alsa pasu dengan piring tapi jikalau air bertakung di dalam piring tu, sila buang


5. Penyelenggaraan

Semudah menanam pokok pudina begitu juga ianya mudah merimbun bila betul dengan penjagaan tapi pastikan pokok pudina tidak terlalu padat di dalam pastu.  Pokok pudina yang terlalu padat dalam pasu akan menyebabkan ianya kurang subur jadi sebaiknya asingkan separuh pokok pudina didalam 2 atau 3 pasu lain. Bila dah asingkan, jangan lupa letak baja kompos sekali.

Ada tips  supaya pokok pudina jadi lebih rimbun dan banyak daun, anda kena cubit pucuknya bila dah ada lima hingga tujuh helai daun supaya pokoknya tidak tumbuh menegak sahaja. Pelik tapi mungkin saya akan guna bila pokok pudina ni saya dah membesar dengan sihat nanti.

Pastikan anda membuang daun pudina yang rosak dan kekuningan 

Bila kita lihat pokok pudina mula menjalar, kena cantas sehingga menjadi pendek sekitar 10-15 cm. Selepas cantas, kita kena letak baja dekat pokok pudina. 

Selain pokok pudina, saya juga menanam daun selasih dan daun kesum dari keratan. Nanti saya kongsi tips kerana ianya mudah ditanam di kawasan rumah yang terhad.

iamfuzy.com
Cara Tanam Pudina Dengan Keratan Mudah Dan Banyak Khasiat


Pelbagai khasiat daun pudina untuk kesihatan yang berkemungkinan serasi dengan kita.

Penawar lelah dan batuk. Caranya,  bersihkan 14 helai daun pudina dan ramas sedikit.  Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan gula batu. Masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila cawan dimasukkan ia tidak tenggelam. Bila nasi sudah masak (air dah kering) keluarkan cawan dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari berturut turut.

Perubatan cina menyebut pudina sebagai mempunyai ciri menyejukkan badan dan biasa digunakan untuk mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema, juga sesuai untuk membuang angin juga gastrik. Caranya buatkan teh ‘O’ macam biasa, masukkan beberapa helai daun pudina, tutup cawan, selepas sekitar 5 minit, minum. 

Penyakit ruam kulit juga jerawat. Caranya: buat jus pekat daun pudina, jadikan masker, untuk menjadikan kulit muka halus dan boleh atasi masalah gatal-gatal dan jerawat)

Menghilangkan rasa mual dan sakit kepala dengan menyapu minyak yang dicampur daun pudina atau guna daun pudina segar dan hidu baunya, membantu mengubat kanser (enzim pada daun ini dikatakan dapat membantu melawan sel kanser dari terus merebak.  Wallhualam!


18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

  1. Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
  2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
  3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
  5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
  6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
  7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  8.  Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
  9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  10. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
  11. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
  13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
  14. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
  15. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
  16. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
  17. Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
  18. Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).