Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap

by - December 03, 2020

Dah lama nak buat nasi dagang tapi asyik tertangguh sebab agak payah nak dapat beras nasi dagang ni. Rasanya kali terakhir buat tahun lepas dan selebihnya makan nasi dagang yang di beli tapi tak puashati sebab gulai ikan tongkol tu isinya kecil dan mahal dan paling tak puashati bila dijual tanpa acar. Memang terus kena boikot kedai tu tapi kalau sedap..pergi la jugak bila dah terasa nak makan sangat. 

iamfuzy.com
Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap 

Baru-baru ni teringin nak makan bila nampak ada gerai menjual nasi dagang, nasi kerabu tertulis kat banner tapi bila singgah dia kata tak buat..pergi lagi sekali pun jawapan yang sama..haaa sakit tak hati? hehee.  Jadi bila sakit hati kita pun buat sendiri, cita rasa sendiri dan sedap tu bukan sendiri cakap tapi ahli keluarga cakap..hehee


Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap 

Resepi Nasi Dagang

Bahan-bahan:

5 cawan beras nasi dagang 

2 cawan santan pekat

3 ulas bawang merah, dihiris halus

1 inci halia, dihiris halus

3/4 sudu besar halba

garam secukup rasa

1 helai daun pandan, dikerat dua

daun pisang untuk alas pengukus


Cara membuatnya:-

  1. Beras nasi dagang dibasuh dan direndam dalam 3 - 4 jam dan kemudian ditoskan.  Proses merendam adalah untuk beras menjadi kembang dan tidak memakan masa lama sewaktu dikukus.
  2. Panaskan pengukus dan letakkan daun pisang/aluminum foil di bahagian atas dan toreskan sedikit. Bila air didalam pengukus sudah nampak mendidih, masukkan beras dan kukus dalam 20 - 30 minit. Satukan santan dengan garam, kacau hingga sebati.
  3. Keluarkan beras dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas dan masukkan bawang merah yang dihiris, halia dan halba.  Tuangkan 1/2 santan yang telah dicampurkan garam, gaul hingga rata.  Masukkan kembali ke dalam pengukus dan kukus selamat 20 minit.
  4. Ulang kaedah yang sama, keluarkan nasi dan tuangkan baki santan. Gaul rata dan terus dikukus hingga nasi masak dalam lebih kurang 30 minit. Gemburkan nasi untuk memastikan nasi benari-benar masak. Siap! Boleh la dihidangkan dan masak bersama gulai ikan tongkol dan acar


Nota : Pastikan air di bahagian bawah pengukus tu mencukupi dan tidak kering ya. 


iamfuzy.com
Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap 


Resepi Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol hitam, dipotong 

3 sudu rempah kari ikan, dibancuh dengan air

2 sudu cili kering kisar

2 keping asam gelugur

2 sudu gula melaka (kalau suka)

10 biji cili api

1 biji timun, dibelah, dibuang isi dalam dan dipotong

250 ml santan Ayam Brand

2 mangkuk air

Garam secukup rasa


Bahan kisar:

10 ulas bawang merah 

4 ulas bawang putih 

1 inci halia 

2 inci lengkuas


Cara cara:

  • Ikan yang telah dibersihkan di rebus bersama 3 - 4 keping asam gelugur hingga air rebusan menjadi separuh. Kalau ikut apa yang saya buat, saya rebus ikan tongkol sebelah malam dan biarkan asam  meresap ke dalam isi ikan dan dimasak esok paginya.
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak dan masukkan rempah kari, digoreng pecah minyak dan naik bau. Masukkan santan dan biarkan ianya mendidih dan agak pecah minyak.
  • Masukkan ikan, gula melaka, biarkan direnih dengan api sederhana dan akhir sekali masukkan timun, cili api dan asam gelugur.Perasakan dengan garam secukupnya. Siap!

Nota : ada yang suka memasak gulai ikan tongkol ini di waktu malam untuk dimakan dengan nasi dagang yang akan dihidang sebagai sarapan mahupun makan tengahhari.


Resepi Acar Timun


Bahan-bahan

1 biji timun, dibuang bahagian tengah, dihiris memanjang

1 batang lobak merah, dihiris memanjang

2 tangkai cili merah, dihiris

4 biji cili api, dihiris kasar

1 labu bawang besar, dimayang

2 sudu cuka makan

1/2 sudu gula

1/2 sudu garam


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan ke semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati. Tutup mangkuk supaya bahan cepat mesra.



You May Also Like

8 Comments

  1. Thanks for your recipe :) I'm wondering different culture meals ... But looks great; I say in Turkish means "Ellerinize Sağlık"

    ReplyDelete
  2. Lama gak xmakan nasi dagang nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete
  3. Wahhh... LeYa pun favourite makan Nasi Dagang. Ni dah ade resepi boleh lah try buat nanti kalau rajin.. hee... tq kak fuzy

    ReplyDelete
  4. dana dah lama belajar dengan mil masak nasi dagang cara terengganu yg kene kukus mcm akak ni tapi tak berani nak cuba hehehehe.... sebenarnya tak susah mana kalau ikutkan kan kak... kukus beberapa kali biar tahan lama kan

    ReplyDelete
  5. i baru ni ada beli beras dan pes gulai nasi dagang atas tol yg viral tu.. tapi tak buat-buat lagi.. lamanya tak makan nasi dagang

    ReplyDelete
  6. my favorite gulai! my mom suka masak ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!