Drama Marry Me Senorita Tonton Online Episod 1 Hingga Episod 20 (Akhir)

by - February 15, 2021

Drama Marry Me Senorita Tonton Online Episod 1 Hingga Episod 20 (Akhir) | Peminat drama melayu slot Megadrama, drama Marry Me Senorita telah menemui penonton bermula 2 Februari gandingan Janna Nick dan Dini Schatzmann sebanyak 20 episod dan diarah oleh pengarah Micheal Ang di Astro Ria. Jom tonton kesemua episod drama yang diadptasi dari novel Marry Me Senorita yang menarik karya Suri Ryana.

Tonton Drama Marry Me Senorita Online Episod 1 Hingga Episod 20

Pelakon : Janna Nick (Sofiy Lea), Dini Azan Schatzmann (Isa Alejandro), Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Acha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin dan ramai lagi.


BACA : Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan 


Sinopsis Drama Marry Me Senorita

Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. 

Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Azan Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya.

Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin. Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya.

Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. 

Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. 

Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja. Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?


Drama Marry Me Senorita Tonton Online Episod 1 Hingga Episod 20 (Akhir)

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 1

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 2

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 3

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 4

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 5

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 6

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 7

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 8

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 9

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 10

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 11

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 12

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 13

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 14

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 15

Tonton Drama Mary Me Senorita Episod 16

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 16

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 17

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 18

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 19

Tonton Drama Marry Me Senorita Episod 20


Drama Marry Me Senorita Episod 1 Hingga Episod 20 dapat ditonton setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam melalui slot Mega Drama di Astro Ria dan Ria HD. Anda juga boleh strim secara On Demand kesemua episod atau menggunakan aplikasi Astro Go.

You May Also Like

4 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!