Cici Pertaruhkan Lagu Keluaran Terbarunya " Ku Takkan Mengalah" Dalam Pertandingan Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim 14

by - August 01, 2021

Cici Pertaruhkan Lagu Keluaran Terbarunya " Ku Takkan Mengalah" Dalam Pertandingan Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim 14 | Feli Stacy Paimin atau lebih mesra dengan nama pentasnya – CICI, berusia 15 tahun,  merupakan seorang penyanyi yang aktif dan terlibat dalam industri hiburan & muzik tanah air sejak umur 8 tahun .  Cici berasal dari Kundasang, Sabah dan bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sabah. Beliau membawakan genre muzik Balada , Pop & Rock.



Lagu ‘’Ku Takkan Mengalah’’ ciptaan oleh Shaiffulhan telah dianugerahkan kepada Cici untuk menyanyikan lagu ini setelah Cici dinobatkan Juara dalam pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah 2019. Penciptaan lagu ini juga secara tak langsung terhasil apabila komposer Shaiffulhan telah memenangi Juara dalam pertandingan Carta Lagu Artis Sabah musim ke-12 dengan lagu yang dipertandingkan berjudul ‘’Keseorangan’’ nyanyian Santiana Ramli . Oleh itu , Shaiffulhan  telah ditawarkan untuk mencipta lagu ini untuk Cici menerusi pertandingan itu . 


Lagu ini membawa maksud yang mengisahkan erti sebuah perjuangan dalam seni hiburan tanah air . Berbagai onak dan duri melepasi segala halangan dalam persada seni namun perjuangan seni tetap diteruskan untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Susunan Muzik oleh Jasnie Mohd Yakub. “Ku Tak Kan Mengalah” menjadi pilihan Judul Lagu bersesuaian dengan usia cici 15 tahun untuk terus berjuang dalam bidang seni walau apapun cabaran tetap tidak akan mengalah demi meneruskan dalam perjuangan seni yang masih jauh.


CICI pernah menjadi Juara Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2016, Juara Bintang Remaja RTM Sabah dan Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar (ASTRO) 2019. Cici kini pertaruhkan single terbaru beliau ini di dalam Carta Lagu Artis Sabah untuk musim ke – 14 dan telah menduduki Juara Mingguan sebanyak 4 kali. Peminat boleh mengundi lagu ini dengan menyemak laman akaun Facebook – Carta Lagu Artis Sabah musim 14 . 




Lagu ini juga telah mendapat perhatian dan edaran secara digital oleh label rakaman Luncai Emas kerana Shaiffulhan merupakan Komposer yang mempunyai perjanjian eksklusif dibawah naungan hakcipta Luncai Emas . 


Para pendengar, peminat setia Cici dan rakan media boleh dengarkan lagu ‘Ku Takkan Mengalah’ di semua saluran digital seperti Spotify , Joox & Apple Music dan jangan ketinggalan untuk menonton video lirik penuh di youtube Luncai Emas . 


Semoga Cici akan sampai ke Pertandingan Akhir Carta lagu Artis Sabah musim ke-14 dan berharap dapat menjejak Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) !



Lirik Ku Tak Kan Mengalah


Di Perjalanan ku menyusuri impian

Walau keseorang hadapi segala dugaan

Namun kecekalan sebagai kekuatan 

untuk ku meneruskan perjalanan


Aku mengejar impian

Teman hanya keyakinan

Mencari ruang dalam sebuah harapan

Aku tak kan mengalah

Malah terus berusaha

Agar ku dapat  capai hasrat di cita

Untuk menjadi bintang yang berkelipan


Menyinari di persada hiburan

Menjulang kejayaan menjadi kenyataan

Di sudut hati ku hanya pecaya

Rempuhi segala halangan yang ada


 Aku tak kan mengalah

Ku tetap bersabar

Aku tak kan  mengalah

Ku terus berjuang

Kerana ku pasti

Kelam malam kan hilang

Bila terbit sinar mentari gemilang


Pencipta Lagu : Shaiffulhan Saidin

Penulis Lirik : Kamarudin HJ hasim

Susunan Muzik : Jasni Mohd Yakub

Hakcipta & Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd

You May Also Like

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!