Drama Cinta Yang Pulang 26 Episod Lakonan Ummi Nazeera Dan Izzue Islam

by - September 12, 2021

Drama Cinta Yang Pulang 26 Episod Lakonan Ummi Nazeera Dan Izzue Islam | Drama yang diadaptasi dari novel Cinta Yang Pulang karya Wawa Akil yang menggandingkan Ummi Nazeera dan Izzue Islam telah pun bersiaran mulai 4 September lalu, setiap Khamis hingga Sabtu di TV2, RTM.

Ummi Nazeera antara pelakon wanita yang cukup dinantikan lakonannya dan gandingan bersama Izzue Islam pastinya cukup menarik sepertimana lakonan mereka dalam Patahnya Sayap Malam. Memang jahat sungguh Izzue dalam drama tu. Hebat sampai rasa benci dengan watak tu tapi tetap suka bila Izzue ni berlakon

Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang 26 Episod Lakonan Ummi Nazeera Dan Izzue Islam

Judul : Cinta Yang Pulang | Bil Episod : 26

Tarikh : 4 September 2021 | Waktu Siaran : Khamis-Sabtu, 8:00 malam

Penulis Novel : Wawa Akil

Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Liza Ali

Pengarah : Bade Hj Azmi | Produksi : Suhan Movies & Trading, Telemal Production

Barisan Pelakon / Watak Pelakon :

Izzue Islam sebagai Noah Imran | Ummi Nazeera sebagai Adina Insyirah | Jasmine Suraya sebagai Thia Fizz Fairuz sebagai Datuk Saziman | Azwan Kombos sebagai Zain | Melanie Tan sebagai Balqis | Zalfa Zin sebagai Sakinah | Areef Amran sebagai Adib | Raja Azmi sebagai Datin Hasanah


Sinopsis Drama Cinta Yang Hilang

Kisahnya berlatarkan tentang watak utamanya, Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh pemuda bernama Noah Imran. Kemuncaknya Noah telah menuduh Dina menyebarkan gambar tidak senonoh kekasihnya, Thia.

Tanpa menyiasat kebenaran di sebalik berita yang tersebar, Noah telah menghamburkan kata-kata makian dan hinaan yang benar-benar telah mencemarkan maruah diri Dina.

Selepas perisiwa itu Dina telah berhijrah ke Australia. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar sebenar bahawa ianya bukan dilakukan oleh Dina.

Noah menyimpan rasa kesal yang tidak berkesudahan kerana tindakan tidak berasasnya kepada gadis itu. Selama 12 tahun dia menunggu ruang kemaafan di hati Dina untuk dirinya.

Setelah 12 tahun juga Dina sekeluarga telah kembali ke tanah air. Pertemuannya dengan Dina membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut.

Tetapi sebaliknya berbeza dengan penerimaan Dina. Apa yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan benci terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu. 

Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Dina terpaksa menjadi PA Noah, membuka peluang Noah untuk memikat hati Dina. Lalu apakah kesudahannya?


Episod 1 

Noah dan Adina bersahabat baik. Mereka tinggal berjiran dan belajar di kolej yang sama. Adina adalah seorang yang kelam kabut dan mudah panik. Noah sering mengejek dan membuli Adina. Di kolej Noah mempunyai seorang kekasih bernama Thia. Cemburu melihat keakraban antara Noah dan Adina, Thia telah memfitnah Adina dan menuduh dia menyebarkan gambar kurang sopan Thia. 



You May Also Like

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!