Tahniah buat Aliff Aziz juara Gegar Vaganza 8 (2021) yang berjaya menewaskan 5 peserta hebat lain pada konsert akhir Gegar Vaganza 8 malam tadi. Peserta yang dikatakan anak emas Astro , Aliff Aziz membawa pulang RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tak kisahlah kalau dia dikatakan anak emas ke anak platinum ke sebab suara dia memang best pada saya dan persembahan beliau sentiasa bagus kecuali pada konsert ketiga kalau tak silap.

Sememangnya Aliff Aziz menjadi peserta favorite saya dan kerana dialah kenapa saya akan terpaku di depan kaca tv menanti persembahan Aliff Aziz sambil melipat pakaian. 


Gegar Vaganza 8

Pasti ada yang kata imej Aliff Aziz yang terpalit dengan kontroversi, tapi saya cukup positif dengan Aliff Aziz yang telah berubah dan diharap terus berubah untuk menjadi seorang selebriti yang baik.

Barisan juri professional tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow, penyanyi rap pula sebagai juri jemputan.


Baca : Senarai Lagu Konsert Akhir Gegar Vaganza 8 2021


Konsert akhir turut dimeriahkan dengan penampilan serta persembahan alumni Gegar Vaganza 8 dan persembahan istimewa Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang dan Datuk Ramly MS menjadi konduktor muzik.


Senarai  Pemenang Konsert Akhir Gegar Vaganza 8 2021 

Tarikh konsert : 23 Januari 2022 / 9 Malam

Tema konsert : Laguku Untukmu

Lagu pembukaan : Nabil Ahmad & Jihan Musa - Nang (Iman Troye) / Sakit (Zynakal/Yonnyboii)

Juara - RM100,00
Aliff Aziz

Naib Juara - RM50,000.00
Nikki Pallikat

Ketiga - RM30,000.00
Suki Low

Keempat - RM20,000.00
Azan Scan

Kelima - RM15,000.00
Adibah Noor

Keenam - RM10,000.00
Aweera


Para pemenang memenangi wang tunai berserta trofi sumbangan Astro.

Markah Dan Carta Kedudukan Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 2021 Minggu Ke 10

  • Aliff Aziz - 83.06%
  • Nikki Pallikat - 81.26%
  • Suki Low - 77.91%
  • Adibah Noor - 67.25%
  • Azan Scan - 64.04%
  • Aweera - 63.90%


Lain-lain Anugerah

Anugerah Bintang Paling Power Meow - Aliff Aziz

Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi (undian tertinggi di laman web rasmi GV8) - Aweera

Bintang Cuckoo Healthy Home (undian terbanyak di Facebook Astro Gempak) - Aweera


Baca : Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 8 2021 Minggu Ke 8

Sepanjang 8 tahun penganjurannya, Gegar Vaganza telah menjulang 8 nama penyanyi tanahair iaitu Ayai Ilusi (GV1), GV2 - Siti Nordina, GV3 - Azharina Azhar, GV4 - Aishah, GV5 - Noryn Aziz, GV6 - Naqiu Boboy & Hady Mirza, GV7 - Cliff Umar.


Tahniah sekali lagi Aliff Aziz.


Kita tunggu siapakah yang akan menyertai Gegar Vaganza 9 nanti.


Konsert minggu GV8, merupakan sebuah program siaran langsung di Astro Ria (CH104) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021


Konsert Gegar Vaganza 8 bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) boleh ditonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand