Jualan Mega Ulangtahun Pertama Lulu Hypermarket Setia City Mall  | Tahniah Lulu Hypermarket Setia City Mall yang menyambut ulangtahunya yang pertama! Bersempena dengan itu juga, Lulu Hypermarket Setia City Mall turut mengadakan Jualan Mega selama 3 hari bermual 31 Mac hingga 2 April 2022.


Cepat sungguh masa berlalu dan kini Lulu Hypermarket Setia City Mall dah berusia 1 tahun. Bersempena ulang tahunya, Lulu Hypermarket Setia City Mall mengadakan Jualan Mega Lulu Hypermarket Setia City Mall ini menawarkan pelbagai diskaun menarik untuk pelangganya dari produk keperluan dapur dan rumah, barangan elektrik seperti televisyen, beg trolley dan banyak lagi.


Baca : Pembukaan Lulu Hypermarket Setia City Mall

 

Jualan Mega Ulangtahun Pertama Di Lulu Hypermarket Setia City Mall 


Beberapa hari lagi kita semua akan menyambut kedatangan Ramadan, jadi inilah masa terbaik untuk anda membeli stok barangan dapur di Lulu Hypermarket Setia City Mall dan berikut adalah beberapa barangan keperluan dapur dengan potongan harga yang cukup berbaloi 



Beras Saga 10kg ~ RM19.90 (harga asal RM26) / Beras Sun Flower Basmathi ~ RM32.90 (harga asal RM53)



Peluang untuk dapatkan minyak pada harga yang cukup berbaloi dengan mendapatkan minyak jenama Alif 5kg ~ RM24.90 (harga asal RM29.70)



Tomato 1kg ~ 99 sen (hanya pada 31.3.2022) | Bawang Merah 1kg ~ 99 sen (hanya pada 1.4.2022) dan  Epal Fuji 1kg ~  RM3.99 (hanya pada 2.4.2022)



Milo Soft Pek 400g ~ RM6.20 (harga asal RM9.15), Quacker Segera & Cepat Dimasak 1.2kg ~ RM7.25 (harga asal RM14.50), Biskut Hwa Tai ~ RM4.75 (harga asal RM9.50), Coklat Milango ~ RM8.90 (harga asal RM26.90), Nestle Koko Krunch ~ RM6.99 (harga asal RM12.30)




Air minuman Barbican ~ RM2.45 (harga asal RM4.90) dengan pelbagai pilihan perisa.



Di bahagian Bakery anda boleh mendapatkan Kek butter dengan pelbagai perisa pada harga hanya RM1.99 (harga asal RM4.99)



Di bahagian barangan basah anda boleh membeli ayam (1kg) pada harga RM7.99, daging kerbau Brisket ~RM13.49 dan ikan siakap (seekor) dijual pada harga RM7.99




Di bahagian barangan keperluan dapur, memang teruja tengok Periuk Barbeque yang dijual pada harga RM49.99 (harga asal RM99.99) manakala Kuali Tefal  dijual pada harga RM149 (harga asal RM278). 


Memang berbaloi kan!



Dah penat shopping, anda boleh tapau atau makan Nasi Ayam Briyani (per 250gm) ~ RM3.99 (harga asal RM6.24). Bila dah kenyang boleh la sambung shopping di bahagian aras 2 dan aras 3 yang turut memberikan potongan barangan untuk barangan seperti berikut.



Buat mereka yang tercari-cari televisyen yang lebih besar, ada promosi televisyen 65" dengan potongan harga sebanyak RM1,000 untuk semua jenama, sekaki payung lipat ~  RM22.90 (harga asal RM39), manakala beg troli buat anda yang dah boleh mengembara ada potongan harga sebanyak 70% dan mungkin ada comforter di rumah yang dah lusuh atau boleh digunakan bila ahli keluarga datang berkunjung di hari raya nanti. Novelle set comforter Queen dijual pada harga RM119 (harga asal RM239)


Bazaar Ramadan Di Lulu Hypermarket Setia City Mall


Selain dari itu Lulu Hypermarket Setia City Mall turut mengadakan Bazaar Ramadan yang menawarkan pelbagai barangan seperti set pinggan mangkuk, barangan dekorasi dan banyak lagi bagi melengkapkan persediaan menyambut Hari Raya.


Promosi Ramadan


Di aras 2 anda boleh mendapatkan barangan kelengkapan pakaian seperti baju Melayu, baju kurung bagi seisi keluarga dengan pelbagai pilihan dan mungkin ada yang inginkan kelainan dengan membuat baju kurung dari kain sari, boleh ke Lulu Celebrate.


Lulu Hypermarket Setia City Mall turut mengadakan Lucky Draw untuk 66 pemenang bagi setiap 3 hari. Caranya cukup mudah untuk melayakkan anda turut serta dengan berbelanja hanya RM100, anda dah boleh turut serta. 


Jadi tunggu apa lagi, jom berbelanja di Lulu Hypermarket Setia City Mall hari ini 31 Mac 2022 sehingga 2 April 2022.