Bufet Ramadan 2022 Citarasa Malaysia Di TH Hotel Kelana Jaya | Alhamdulillah, tahun ni kita dapat merasa berbuka puasa di luar bersama ahli keluarga, sahabat handai mahupun dengan rakan sekerja selepas Perdana Menteri mengumumkan Malaysia berada di fasa endemik. Pastinya ada yang dah buat senarai tempat makan sedap yang boleh dikunjungi. Jadi saya nak syorkan lokasi berbuka yang boleh anda masukkan dalam senarai.


TH Hotel Kelana Jaya antara hotel tidak ketinggalan menawarkan hidangan bufet Ramadan bertempakan 'Citarasa Malaysia'. Tema ini dipilih kerana ingin meraikan kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam Malaysia, begitu juga dengan sajian Bufet Ramadan yang ditawarkan disini.


TH Hotel Kelana Jaya


Konsep gerai-gerai yang diketengahkan pada Bufet Ramadan TH Kelana Jaya 2022 adalah bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu Citarasa Malaysia kerana gerai yang menyajikan makanan-makanan yang menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia.  Terdapat pelbagai pilihan menu daripada pelbagai kaum dan budaya termasuklah budaya daripada luar negara.




Sajian Citarasa Malaysia ini menampilkan Gerai Middle East, Gerai Indian Station, Gerai Goreng-Goreng Rangup, Gerai Soup Station, Gerai Colek-Colek & Cendol, Gerai Char Kuey Teow, Gerai Chicken Bulgogi, Gerai Anjung Aidilfitri, Gerai Minuman Panas & Minuman Sejuk.


Kalau nak rasa mood raya, jengah ke Gerai Anjung Aidilfitri menyajikan menu bertemakan Hari Raya




Nasi putih, ayam Kelio yang merupakan hasil olahan resepi istimewa daripada chef yang tidak menggunakan santan sebaliknya menggunakan buah keras.  Selain itu terdapat ikan Patin Masak Tempoyak semestinya masakan hidangan utama Telur Masak Kicap, Paru Berlada, Sayur Lodeh Goreng, Terung Berlada, Asam Pedas Ikan Pari dengan bendi, Singgang Ikan tongkol dan banyak lagi



Ulam-ulaman dengan Sambal Belacan, Sambal Mangga, Sambal Nenas, Sambal Tempoyak, Budu, Cencaluk, Jeruk Buah-buahan, eropok ikan, apadom, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu Taugeh, Kerabu Betik, Kerabu angga, Telur Masin, Ikan Masin dan banyak lagi


Lokasi berbuka puasa yang boleh anda cuba : Restoran Riverside, WTCKL




Tarikan utama Bufet Ramadan tahun ni adalah Kambing Golek yang boleh dimakan bersama Nasi Arab Mandy atau dengan sos pilihan iaitu Sos Pudina, Tomato Chutney atau Cucumber Raita manakala gerai yang menyajikan Ikan Keli yang digoreng secara live dengan pilihan Sambal Hijau dan Sambal Merah.



Pastikan anda tak lupa untuk mencuba pemanis mulut seperti Pulut Panggang, Kuih Seri Muka, Kuih Talam Keladi, Karipap, Sago Gula Melaka, Banana Cake, Butter Cake, Bread Butter Pudding, Buah-Buahan Tempatan, Puding, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi


Bufet Ramadan TH Hotel Kelana Jaya ini dibuka setipa hari dari jam 6 petang hingga 10 malam mulai 4 April 2022 hingga 01 Mei 2022.  


Harga Bufet Ramadan RM69.90 bersih untuk dewasa, RM39.90 unuk kanak-kanak, warga emas dan OKU


Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Jualan & Pemasaran di 03-7873 6297 atau melalui whatsapp 071-229 6297