3 Kaedah Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2021 | Pastinya anak-anak yang menduduki SPM 2021 berdebar-debar hari ni (16 Jun) sebab keputusan pepeperiksaan SPM 2021 akan diumumkan dan macam anak buah umi si Khadeeja tu pun kalut fikir macam mana nak pergi ambil keputusan sebab dia bekerja.


Pastinya bukan anak-anak je yang kalut, mak ayah pun sama la tu terutama tu kali pertama anak mereka menduduki peperiksaan yang besar.  




Tahniah bagi anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dan bagi yang kurang bagus keputusan tu jangan bimbang, perjalanan hidup korang masih panjang dan banyak lagi institusi yang boleh anda daftar untuk sambung belajar. Ingat ya, perjalanan masih jauh dan kita tidak tahu rezeki kita, mungkin lebih bagus dari yang lain. Apa yang penting kena ada usaha.





Okay, umi nak kongsi 3 kaedah semakan keputusan peperiksaan SPM 2021 selain kaedah 1 dengan pergi ke sekolah seperti zaman umi dulu-dulu


KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH


Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.


Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.


KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE



Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau


KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS


Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.




Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.



Tahniah buat anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang tu jangan risau kerana anak-anak semua masih ada peluang untuk belajar dan berjaya.