Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan

Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan | Speechless la juga tapi risau pun sama banyak sebab mampukah dan ada masa kah nak guna sepenuhnya.  Dah lama kiranya DH asyik komen pasal video yang umi ambil hampir semuanya, bukan semua tapi hampir semua bergoyang. 


Mana taknya umi ni bukan youtuber yang cuma mengharap income dari youtube tapi mainly dalam penulisan. Memang jauh lagi nak jana pendapatan kat youtube sebab follower pun tak sampai seribu. Pulak tu update video kat channel pun jarang-jarang sekali walhal banyak jer video yang diambil tapi ambil masa sebab nak edit. 


Bila cerita pasal video ni memang berkobar umi ambil video unboxing, video memasak, video travel la, tapi banyak yang tersimpan kat handphone sebab mood edit tu bukan tak ada tapi cepat hilang tumpuan. Lepas tu bila tetiba ada job dari PR atau klien yang nakkan kita buat artikel, memang bab edit video tu umi letak tepi jap. Eh bukan sekejap tapi lamaaaanya berminggu la dan cecah sebulan lebih. Tapi DH is always dia yang nakkan umi ambil gambar cantik dan video cantik-cantik. Fuhh memang berpeluh.




Akhirnya DH buat kejutan dengan menghadiahkan umi sebiji gimbal. Sebenarnya tak la kejutan sangat sebab DH dah bagi tau lama nak belikan gimbal tapi dia masih mencari mana yang sesuai dan mudah untuk umi guna.  Suka? memang la suka tapi fikir alahai bilalah nak guna tu, tapi tak per, kita slow-slow cuba ya.


Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan

Berbunga-bunga tau hati umi bila dapat gimbal ni walau ada rasa cuak sebab dah makin tua ni makin malas la nak belajar gajet-gajet ni kecuali kalau beli atau dapat smartphone baru..haha


Gimbal 3-Axis 

Gimbal ni boleh digunakan untuk smartphones dan action camera juga. Seperti biasa DH beli online jer. Eh tak pasti kat Lazada atau Shopee. Jangan tanya harga sebab DH tak bagitau harga dan bila menerima hadiah tu, jangan risau pasal harga tapi kena berterima kasih sebab dapat hadiah walau sebuah ciuman pun hadiah jugak kan..hahaha


Keupayaan 3-Axis Gimbal

Ada mode horizontal & potrait, boleh buat face tracking, time lapse, zoom secara manual, adjustable arm dan real time charging. Memang umi tak translate sebab bila translate jenuh pulak awak semua nak faham.

Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan

Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan
Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan


Hahaa...jenuhkan untuk umi hadam tapi so far dah try la juga gimbal ni dan masih belum arif sepenuhnya. Lagipun gimbal umi ni boleh digunakan untuk smartphones dan Go Pro dan untuk yang amatur gimbal ni kiranya sangat membantu memastikan video yang diambil dalam keadaan statik dan tak goyang macam yang selalu umi ambil.


Sebelum ni DH ada belikan gimbal untuk dia guna tapi sangat hi-tech memandangkan memang tu kerja hakiki DH. Bila tengok gimbal dia tu, uishh memang risau bila dapat gajet untuk diri ni. So nak tak nak, kenalah umi google cari selain baca kat manual tu. Idoklah faham sepenuhnya sebab dengan kesibukan rutin hidup tapi, slowly but surely gituu.


Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan


Pentingkah ada gimbal?

Sebenarnya pada umi, tak berapa penting sebab macam umi nyatakan awal tu, umi bukan youtuber dan tak nak jadi youtuber. Cuma ada youtube untuk berkongsi masakan dan lifestyle dan nanti bila umi dah tiada lagi, boleh bantu anak-anak untuk memasak dan melihat kembali kenangan dengan umi. Bagi orang lain mungkin video tu boleh membantu bagi idea untuk memasak.


Berbalik pada gimbal ni adalah pengunaan gimbal akan memberi rasa konfident sewaktu kita mengambil video bergerak, tak bergoyang macam tangan orang parkinson yang bergegar walaupun kita turut bergerak sewaktu menggunakan gimbal.


Gimbal dan stabilizer agak berbeza sebab gimbal ni lebih kompleks dengan alatan yang bergerak, perlu bateri, perlu dicaj namun stabilizer lebih mudah digunakan. Begitu juga dengan tripod yang akan membantu video yang diambil lebih stable tapi statik sewaktu kita shooting video.


Kebolehan 3 axis gimbal adalah ia membantu menyokong pengambilan video sekaligus berputar dengan single axis dan 3 axis membantu kamera mahupun smartphones dipasang bergerak bebas bila digunakan. 3 axis ini dikenali sebagai pitch, yaw dan roll


Apa yang bestnya 3 axis gimbal ni menstabilkan tanpa menyengetkan video yang kita ambil walau kita bergerak kiri, kanan, ke atas, ke bawah , ke depan dan belakang, video kita ambil tu tak bergoyang tau


Mampukah umi buat video lebih cun? hahaha kita tunggu jer la ya. Anyways, thank you darling husband untuk sokongan dan lepas ni kita tunggu next hadiah pulak. Walau harganya tidak mahal tapi the ingatan dan sokongan tu sangat penting bagi seorang isteri seperti umi.


Siapa Tak Seronok Bila Si Suami Bagi Kejutan Hadiahkan Gimbal Tanda Sokongan, mestilah seronok kan!


3 comments:

  1. wahh..bagus ni..nampak jg orang ambik video, pegang benda ni...gimbal namanya..

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tgk hasil penggunaan gimbal cik abang tuuu

    ReplyDelete
  3. Sesuai guna bila jalan-jalan ni. Feel movie gitu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad