Cegah Dark Spots Dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Cegah Dark Spots Dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

Cegah Dark Spots Dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature | Tidak kira berapa pun usia kita, baik wanita mahupun lelaki tak boleh pandang mudah bab penjagaan kulit wajah ni, terutama bagi mereka yang masih muda.  Kalau tidak dijaga dengan betul, kulit wajah kita akan akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Kalau yang single tu risau kot tak berjumpa pasangan dan yang dah berpunya pula risau kot pasangan kita dok komplain yang kita tak pandai jaga kulit wajah.


Jadinya sekarang ni kita harus belajar untuk educate diri kita dalam memelihara kulit wajah dengan memakai pelindung wajah iaitu sunscreen cream. Bukan bermakna kita akan kelihatan cantik dengan sunscreen tapi sunscreen ni akan membantu menghalang jeragat atau kesan hitam (dark spots) pada kulit wajah.  Umum tahu dark spot ni terjadi akibat terdedah pada sinar matahari setiap hari dengan tempoh yang lama. Kalau kita masih muda, mungkin tidak nampak lagi kesan dark spot ni tapi bila usia makin meningkat, lama kelamaan dark spot akan jelas kelihatan hingga kita sendiri malu nak tengok cermin.




Bagi yang punya wang yang banyak, cara mudah anda boleh buat rawatan laser tapi bukan sekali dua rawatan ianya boleh hilang. Memang agak tinggi kosnya sebab dark spot ni berada di bawah lapisan kulit.


Jadi sebelum terlambat, apa kata kita cegah dark spot dengan jadikan pemakaian sunscreen cream ni sebagai rutin harian. Bagi saya, walau agak terlewat asal jangan tidak membuatnya langsung. Mujur saya dapat info dari kawan tentang sunscreen yang cukup bagus iaitu Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature. Nak tahu kebaikkannya, sila baca sampai habis ya.


ALOE VERA SUNSCREEN HANSAEGEE NATURE




3 Kebaikan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

  • Menghalang sinar mataharii (sun protection)
  • Melembapkan kulit (Moisure Skin)
  • Menenangkan Kulit (Claming Skin)


Kandungan Utama

Glycerin, Sodium Hyaluronic, & Allantoin



Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi :



Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchid Extract.


Menariknya Aloe Vera Sunscreen ni mengandungi bahan yang asli sahaja seperti Aloe Vera, Ekstrak Orkid, Ekstrak Pegaga dan Ekstrak Morus Alba Bark




Produk Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini adalah BEBAS dari bahan yang memudaratkan, BEBAS Alkohol, BEBAS Paraben, BEBAS Silikon, BEBAS Sulfate dan BEBAS Allergen. 



FUNGSI ALOE VERA SUNSCREEN 

Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari UVA & UVB, mengandungi SPF 50+ yang tinggi serta PA+++. Ianya mampu menghindari kerosakan pada kulit wajah dan kulit dari terbakar akibat sinaran matahari. Produk ini juga berfungsi memberikan kelembapan pada kulit wajah sentiasa. 


Kandungan ekstrak Aloe Vera didalamnya dapat menenangkan kulit dari kegatalan dan produk ini akan memberi keselesaan paa kulit serta mengurangkan keradangan kulit. Ianya amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.


Mungkin anda tak tahu bahan Glycerin dan Jus Aloe Vera inilah yang memastikan kulit pemakai sentiasa lembap dan tidak kering serta keduanya mampu mencerahkan kulit kita.


Kebiasaannya sunscreen yang biasa kita dapati dan dijual hanya melembapkan dan melindungi kulit dari sinaran matahari tapi Aloe Vera Sunscreen ni turut menenangkan kulit pemakainya. 


Kandungannya yang Oil Free ini sememangnya tidak berminyak malahan ianya cukup ringan. Kalau sesetengah produk tu kita akan rasa melekit apabila disapu tapi tidak pada produk ini. Ianya cukup mudah sebati dengan kulit wajah, tidak berbelak dan punya bau Aloe Vera yang menenangkan.





Picitkan sedikit krim pada tangan, kelihatan teksturnya yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair.




Warnanya nampak cerah, sekata dan tidak kelihatan bintilan putih-putih langsung. Baunya pun cukup wangi.


Meresap elok ke kulit dan membuatkan kulit kelihatan natural tapi lembap, tidak berminyak dan tak melekit langsung




Warna krim pada tisu seakan kehijauan itu adalah warna “Light Green from Aloe Vera” tapi cuba perhatikan krim yang telah di sapu pada tangan kemudian disapu pada tisu dan selepas di sapu rata, tiada langsung kesan warna pada tisu. 


Selain dari itu produk ini boleh anda jadikan sebagai make up base, juga sebagai pelindung tambahan pada kulit. Selepas memakai Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni, anda boleh terus bersolek seperti biasa, selain berfungsi untuk melindungi matahari ianya melembapkan kulit wajah.



Cara Penggunaan :

Cuci muka seperti kelaziman setiap hari, dan pastikan kulit kering dari air



Picit krim dari tube Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ke wajah



Oleskan secara menyeluruh ke kulit wajah secara keseluruhan


Tadaaaa…dah siap untuk beriadah sebab yakin kulit dilindungi dan tidak terdedah secara langsung kepada sinaran UV.


Kulit muka terasa selesa dan krim sekata serta tidak berbelak. Apa yang pasti terasa cukup yakin untuk keluar rumah kerana kulit dilindungi dari sinaran UV. Baunya pun sangat menyegarkan dan terasa lembut sahaja kulit selepas pemakaiannya. 


Jangan risau sebab tekstur Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini cukup lembut dan ringan malah tak terasa berminyak mahupun melekit. Rasa ringan betul! Krim ini tidak telalu pekat ataupun terlalu cair sebab tu bila di sapu ke kulit wajah, ianya cukup smooth dan tiada kesan putih-putih yang bertompok-tompok selepas di sapu. Ianya akan meresap sebati dengan kulit wajah dan menaikkan ton kulit secara semulajadi.


Jujurnya, saya sangat suka dan sangat mensyorkan produk Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni bukan hanya dengar kebaikannya dari mereka yang pernah menggunakannya tapi setelah saya sendiri menggunakannya. Cukup banyak kebaikannya dalam memelihara kulit dan harganya pun cukup mampu milik, dengan tube 70ml ini, ianya boleh tahan sekurang-kurangnya 3 bulan atau lebih. Lainlah kalau anda adalah seseorang yang suka sapu krim  macam tepung gomak memang tak sampai sebulan dah habis.




Tube yang dengan penutup yang ketat ni cukup selamat dan tidak meleleh keluar, bersih dan terjamin kualitinya.


Jadi kalau kita masukkan ke dalam beg tangan, saiznya cukup praktikal dan tak perlu gusar akan terjadinya kebocoran krim di dalam beg tangan.



Kenapa anda harus guna Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ?

Kalau nakkan kulit anda cantik, tak kusam dan lambat berkedut, anda harus mulakan dari sekarang menggunakan produk Aloe Vera Sunscreen Hansaegee ni yang bagus untuk melindungi kulit dari sinar UV dan melambatkan kesan penuaan. Jadikan pemakaian produk ini sebagai rutin bukan sewaktu berada di luar rumah tapi juga di dalam rumah kerana kita perlu menjaga kulit bukan dari sinaran matahari tapi sinaran lampu yang juga tidak bagus untuk kulit.


Kalau nak lihat perubahan pada kulit kusam dan memudarkan bintik hitam di wajah anda, gunakanlah sekarang dan segera dapatkan produk Aloe Vera Sunscreen Cream Hansaegee Nature sekarang!


Bagi mendapatkan maklumat atau membuat pembelian, boleh klik pada pautan berikut :


Brand: Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

1 comment:

  1. Nampak berkesan kak.. berseri-seri jadinya lepas guna sunscreen tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad