Negeri Perak Yang Menarik, Dari Kuak Hill Resort Ke Jambatan Victoria | Jambatan Victoria Kuala Kangsar atau Victoria Bridge ini memang antara tempat menarik yang kena lawat. Jambatan yang terletak di Kuala Kangsar ini merentangi Sungai Perak ini panjangnya lebih kurang +-600 m, kini berusia 122 tahun . Jadinya, persinggahan ke Victoria Bridge baru-baru ini melengkapkan impian umi sekian lama selepas bermalam dan berglamping di Kuak Hill Resort tempoh hari.


Banyak yang menarik di Perak antaranya Ipoh, ibu negeri Perak sendiri  menjanjikan pelbagai keseronokan bagi anda yang suka makan dan menghayati keindahan bangunan zaman penjajahan yang masih kekal dan cantik. Kalau ada kelapangan, bercutilah di hujung minggu ke Ipoh yang tidak jauh dari Kuala Lumpur dan pasti anda tak kecewa


Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, DH cakap dia nak singgah ke Karai sebab umi dah lama teringin nak ke Victoria Bridge memandangkan hari masih awal. Memang berbunga hati sebab dah beberapa kali nak singgah tapi tak pernah menjadi, finally kami berjaya melakar kenangan disini!


Jambatan Victoria berusia 122 tahun !

Jambatan Victoria juga dikenali dengan nama Jambatan Enggor, adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Enggor, Kuala Kangsar merentangi Sungai Perak, mula dibina pada tahun 1897, dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson. Sekarang jambatan itu dijadikan tempat pelancongan pada semua orang. Sekarang telah diadakan GALLERY VICTORIA BRIDGE berdekatan di kawasan jambatan tersebut.


Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru. sumber - wikipedia


Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Cuak juga sebenarnya nak duduk di landasan sebab keadaaan jambatan dengan kayu yang mereput tapi masih nampak kukuh. Kalau jengah ke bawah memang tinggi sungguh, jadi memang kena berhati-hati sebab tersilap melangkah mau debusss ke tanah atau ke dalam sungai.

Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Agak scary sebenarnya bukan sebab ada keretapi yang lalu tapi kayu landasan yang kukuh tu ada yang dah kelihatan reput walau besi landasan tu memang nampak kukuh. Kena berhati-hati takut tersilap langkah terus jatuh ke bawah 

Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Memang lokasi yang cantik untuk diambil gambar kat sini sebagai kenangan yang kami dah sampai!

Jambatan ini dibina menggunakan besi padu (yang dilombong dari Tanah Melayu) dan disalut cat hitam tebal, seni reka tetulang bersilang yang kukuh dan penggunaan bata emrah yang tahan lasak.  Enam tiang pasak yang besar dibina menampung landasan besi padu.  Tiang pasak di tanam pada ke dalamam lebih enam meter dari dasar sungai

Di sini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Zombi Kampung Pisanga pada 2007 yang diarahkan oleh Mamat Khalid, anak jati Perak sendiri



Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Mujur waktu kami sampai, memang tak ada orang dan boleh park kereta berdekatan jambatan. Tapi agak jenuh jugalah nak naik ke jambatan Victoria yang bersejarah ni


KISAH SERAM JAMBATAN VICTORIA

Sebenarnya agak menyeramkan bila katanya ada kisah yang dipercayai penduduk tempatan bila British telah mengorbakan seorang wanita dan mayat itu di simen pada tiang pasak terpilih.


Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Selepas jenuh bergambar di atas jambatan, di tepi laluan yang digunakan oleh penunggang motosikal, kami turun singggah ke pusat riadah ni


Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Di bawah jambatan ni ditempatkan pelbagai barangan antik seperti seterika arang, mesin getah, pengisar ais, dacing, dapur minyak tanah dan banyak lagi untuk pengunjung. Pasti ramai barangan lama yang digunakan dulu-dulu, boleh kenal dan sentuh. Jangan pula ada yang gatal tangan nak bawa balik atau rosakkan. 

Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria


Anak-anak especially Kak Yang teruja tengok persekitaran kampung yang dijaga bersih dan terpesona kami dengan rumah kampung yang terdapat berdekatan Jambatan Victoria yang bersejarah ni.


Dari Kuak Hill Resort Singgah Ke Jambatan Victoria

Jambatan Victoria atau lebih dikenali sebagai Victoria Bridge di Seberang Karai, dibina merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Kuala Kangsar.

Jambatan ini pernah mendominasi perhubungan dan menjadi laluan pengangkutan bijih timah yang penting antara negeri Melayu Barat termasuk ke Perlabuhan Pulau Pinang.


Jambatan ini mempunyai enam batang tiang yang kukuh daripada bata merah. Sir Frank Swettenham pernah menyatakan bahawa Jambatan Victoria ini merupakan jambatan keretapi terbesar di bahagian Timur di luar India.


Semasa Perang Dunia Kedua, jambatan ini pernah dibom dan menurut cerita penduduk setempat, jambatan ini terbelah dua. Betapa pentingnya jambatan ini sebagai laluan pengangkutan suatu ketika dahulu.


Fakta menarik mengapa jambatan ini dinamakan Jambatan Victoria. Pertama, sempena Ratu Victoria. Hal ini kerana semasa awal pembinaannya pada tahun 1897 merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan berada di bawah pemerintahan Ratu Victoria sepenuhnya.


Kini, jambatan ini tidak digunakan lagi sejak tahun 2002 kerana jambatan konkrit telah dibina bagi menggantikan peranan Jambatan Victoria dan dijadikan tarikan pelancong.


Namun penduduk sekitar masih menggunakan jambatan ini untuk menyeberangi Sungai Perak dengan menggunakan motorsikal dan berjalan kaki. --Sumber : orang perak