Promosi Kembali Ke Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari, One Stop Center Untuk Shopping Baju Sekolah Harga Berbaloi | Di sinilah tempat kami shopping pakaian dan kelengkapan sekolah buat anak-anak tanpa pening kepala sebab semuanya ada di sini di bawah satu bumbung


Minggu depan anak-anak dah mula memasuki sesi persekolahan bagi tahun 2023, pastinya ramai ibu bapa dah  siap berbelanja untuk barangan kelengkapan persekolahan. Kalau yang punya anak ramai, pastinya pastinya dah bersiap lebih awal.


Promosi Kembali Ke Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari, One Stop Center Untuk Shopping Baju Sekolah Harga Berbaloi


Tahun ni tahun terakhir Cik Aca bersekolah tapi keterujaan umi tetap sama macam dulu-dulu. Apa yang pasti semua anak-anak yang masih bersekolah pun excited macam Cik Aca ni yang nak itu, nak ini sebab tahun baru dan nak semua baru.


Walau hanya dia yang bersekolah, tapi dah jadi kelaziman untuk Cik Aca sediakan list barangan untuk dibeli supaya senang nak cari memandangkan keperluan anak bersekolah menengah ni agak payah sikit. Mana taknya, saiz baju, kasut, tudung mereka pun susah nak dapat, nak-nak bila si anak ni tinggi macam Cik Aca.


Promosi Kembali Ke Sekolah Kembali Pusat Pakaian Hari-Hari



Memang hampir semua barangan keperluan persekolahan ada kat sini, dari sekolah menengah hingga ke tadika KEMAS dan KAFA.


Tahu tak promosi kembali ke sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari ni sedang berlangsung dengan harga yang berpatutan sebab tu masa umi sampai ke kedai ni memang sesak sungguh. Ingatkan dah sampai awal tapi ada yang lebih awal sampai. 


Rata-rata ibu bapa yang hadir melayan karenah anak-anak mencuba pelbagai saiz, memang memenatkan tapi manis sebab bila tiada lagi anak-anak yang memasuki persekolahan di masa akan datang, memang kita akan rindu






Antara brand kasut sekolah yang ada disini ialah Jony & Jeny yang cukup selesa untuk di pakai. Bagi Cik Aca yang tinggi dan memerlukan kasut saiz agak besar, kami tak risau sebab saiz kasut yang berpadanan dengan dia boleh didapati kat sini.





Kelengkapan persekolah tak lengkap kalau tak ada track suit untuk kegunaan waktu jasmani, jadi pilih jer mana yang berkenan dan dibolehkan di sekolah.





Kat bahagian beg sekolah ni memang akan buat ibu bapa anak-sekolah rendah ni akan pening sebab anak-anak akan rambang mata dengan design, warna dan saiz beg yang pelbagai.


 


Jangan lupa pulak ya ibu bapa kena pastikan anak-anak bawa botol air ke sekolah untuk memastikan mereka minum air yang mencukupi.


Bila dah hampir semua kelengkapan ada di sini, memang cukup memudahkan buat ibu bapa terutamanya yang punya anak ramai, walau memakan masa lama untuk pastikan setiap anak punya barangan persekolahan yang lengkap tapi tak perlu pening kepala nak cari di tempat lain lagi.


Servis Staf Hari-Hari Memang Bagus

Bila memilih pakaian dan kasut ni memang jenuh la nak cari satu-satu sebab nak pastikan saiznya berpadanan, tapi tak perlu risau sebab staf di Pusat Pakain Hari-Hari ni memang sangat membantu dan arif dan paling rasa tenang sebab mereka boleh membantu malah memberi suggestion pada ibu bapa lagi. Bagus kan!


Bagi anda yang masih tercari-cari barang keperluan sekolah, jom ke Hari-Hari One Stop Centre berhampiran rumah anda.  Kalau tak tahu kat mana yang terdekat boleh cari di www.hari.com.my/locator kerana terdapat 98 cawangan Hari-Hari seluruh negara. 


Kalau tak jumpa atau memang confirm tak ada Pusat Pakaian Hari-Hari, jangan risau sebab boleh shopping di website, Shopee dan Lazada.


Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my

Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_

Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari