Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010 | Taman Botani atau dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah ni bukan lokasi asing bagi umi sebab pernah sampai melawat ke sini dulu, tapi tak ingat dengan siapa. Memang tempat ni cukup popular dulu dan jadi tempat yang sering dikunjungi sambil nikmati keindahan hutan rimba.

Singgah Taman Botani Shah Alam


Taman Botani Shah Alam
Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010

Lepas makan pagi di Restoran Azira, kami terus menghantar Kak Cik Iman ke UiTM untuk kuliah face to face yang akan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahhari. Dalam perjalanan tu dah terfikir nak menziarahi Mazlene kawan sekerja masa di Travelynne & Tours dulu tapi bila call dan mesej tak berjawab dan berbalas.


Jadinya kata DH, takkan la nak tunggu dekat UiTM tu, jadinya DH kata untuk ke Taman Botani yang meningalkan kenangan manis waktu mengadakan hari keluarga tahun 2010 dulu. Lama sungguh tu dan tak pasti apakah ada kesempatan untuk berhimpun seperti itu lagi memandangkan bonda pun tidak sihat.


Kenangan Family Day 2010

Dulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah yang sangat popular pada pengunjung tempatan. Pada tahun 2010, ahli keluarga sebulat suara untuk berkumpul dan berhimpun sempena hari keluarga Haji Hamid Dan Hajah Ramlah (Allahyarhamah abah dan mak) sebab abang Chaq, abang yang sulung menaja sepenuhnya penginapan di chalet kat sini. 

 



Waktu kami sampai kat pintu gerbang tu dah terfikir, "eh ok lagi ke tempat ni?" atau dah rundown sebab hampir 3 tahun MCO dan kemungkinan tidak terjaga tu sangat besar kan. 

Alhamdulillah, mujur tidak bila kami sampai kat parking, kelihatan ramai orang yang bergambar di dataran.  


Naik Bas Keliling Taman Botani

Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010


Jadinya kami pun sempat juga bergambar kat sini sebelum menaiki bas  yang membawa penumpang sambil menikmati keindahan Taman Botani.


Bas ini berakhir berdekatan chalet yang pernah kami inap masa Hari Keluarga dan pusing balik. Bas ini akan berhenti menurunkan penumpang yang ingin turun untuk membuat aktiviti seperti flying fox dan sebagainya.

Explore By Foot


Kami turun dan mula explore Taman Botani ni sambil menikmati kehijauan dan ketenangan taman.


Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010


Sempat juga umi merasa melalui jambatan gantung walau ada pengunjung yang tak henti-henti nak bergambar. Memang agak penat sebenarnya sebab stamina dah tak ada, apatah lagi kami semua hanya berselipar. 

Memang tak duga pun nak singgah kan, asalnya hanya nak hantar KC Iman untuk kelas hujung minggu, jadi tak mungkin nak balik dan jemput dia kembali. Jauh tuu

Bila tak prepared tu memang tak seronok sangat nak berlebihan buat aktiviti apatah lagi nak berjalan banyak.

Memang rasa rugi tak masuk ke kawasan aktiviti tapi bila pakai selipar ni memang tak boleh nak cergas dan terasa penatnya.


Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010



Bagi anda yang nak kena sini mungkin boleh datang awal pagi dan habiskan masa seharian di sini sebab banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama kawan dan ahli keluarga.

Tarikan Di Taman Botani Shah Alam


Antara tarikan yang sempat umi google di website TBNSA adalah Camar Rimba, Skytrek, RISEM, Flyfishing, Taman Buah-buahan Tropika, Empangan Sungai Baru, Empangan Sungai Air Kuning, Taman Kaktus, Kampung Idaman, Kampung Budaya, Kayak dan banyak lagi


Antara kemudahan yang terdapat di sini selain bas yang kami naiki untuk keliling Taman Botani adalah  surau, tempat letak kenderaan, wakaf atau pondok rehat


Terdapat banyak tarikan selain taman dan kebun antaranya Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklin Sederhana Empat Musim, Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan Tropika, Taman Padi, Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan, Empangan/Tasik dan Kampung & Chalet


Singgah Taman Botani Shah Alam Gamit Kenangan Hari Keluarga Tahun 2010


Kadar Harga Kemudahan Di TBNSA

Caj Konservasi (Wajib)

RM 3.00 - Dewasa (12 hingga 54 tahun)

RM 1.00 - Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun)

RM 1.00 - Warga Emas (55 tahun ke atas)

PERCUMA bagi pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)


Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Caj Konservasi

RM 5.00 - Dewasa (12 tahun dan ke atas )

RM 3.00 - Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)

PERCUMA Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)


Jangan risau sebab tiada caj untuk tempat letak kenderaan pun.


Mungkin kalau ada peluang ke area sini, mungkin kami boleh singgah lagi tapi kenalah memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.


Terima kasih sebab membaca dan apakah next story umi lepas ni


Catatan Pengalaman : 5 Februari 2023