Takdir Dalam Kehidupan Manusia : Fahami Perbezaan Takdir Mubram Dan Muallaq

Takdir adalah ketetapan dan ketentuan Allah SWT terhadap manusia dan makhluk lainnya sesuai kadar atau ukurannya masing-masing. Allah SWT telah menetapkan takdir setiap orang, baik muallaq dan mubram. Namun, masih banyak yang tidak mengetahui apa itu takdir muallaq dan mubram.


2 Jenis Takdir : Mubram Dan Muallaq

Takdir Mubram Dan Muallaq


Setiap orang Mungkin seseorang sudah berusaha semaksimal mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang diharapkan, tetapi jika Allah Swt. tidak berkehendak dan menentukan lain, ia harus menyadari bahwa itu takdirnya

Jadi, segala peristiwa yang terjadi di alam semesta ini yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Keputusan dari Allah tersebut tidak boleh dihindari, diprotes atau ditolak walau sesiapa pun.


Takdir Mubram 

Takdir mubram adalah muktamad dan tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan pada takdir ini, dan umat Islam harus menerimanya dengan ikhlas.


Contoh takdir mubram adalah kelahiran, kematian manusia, jodoh, hingga hari kiamat. Tiada sesiapa pun yang mengetahui akan kelahiran atau hari kematian seseorang dan ianya menjadi rahsia milik Allah SWT.


Contoh takdir mubram juga seperti tragedi bencana alam seperti gunung meletus, gempa bumi, merupakan takdir yang tidak boleh diubah.


Kita sebagai umat manusia, hanya dapat terus berikhtiar serta berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui segalanya.


Takdir Muallaq

Takdir mu’allaq pula adalah takdir yang tertulis dalam catatan para malaikat. Dengan izin Allah, takdir ini boleh tetap dan boleh berubah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan dan ikhtiar oleh manusia. Mu’allaq adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud “tergantung”.


Contoh takdir muallaq adalah orang akan mendapat sakit tapi sakit itu boleh disembuhkan dengan pelbagai usaha dan cara, seperti bersenam dengan teratur, menjaga kebersihan, menjaga gaya  hidup, dan menjaga pemakanan.


Penjelasan Mengenai Takdir


 إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”

(Surah al-Qamar: 49)


Pembahagian seperti yang disoal itu sememangnya tidak wujud atas nama tetapi hakikatnya, ia memang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Hadis (al-ibrah bi al-musammayat la bi al-asma’). Firman Allah SWT,


يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ  


Maksudnya: “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada "Ibu segala suratan.”

(Surah al-Ra’d: 39)


Takdir mubram adalah muktamad dan tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan pada takdir ini. 


Takdir mu’allaq pula adalah takdir yang tertulis dalam catatan para malaikat. Dengan izin Allah, takdir ini boleh tetap dan boleh berubah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu’allaq adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud “tergantung”.


Contoh takdir mubram adalah sebagaimana firman Allah SWT:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya: “…maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”

(Surah al-A’raf: 34)


Daripada Thauban RA, Nabi SAW bersabda:


وَإِنَّ رَبِّي قَالَ: يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanku berfirman: ‘Ya Muhammad! Sesungguhnya Aku jika mentakdirkan sesuatu ketentuan, maka tidak ada seorang pun yang sanggup menolaknya.”

(Riwayat Muslim, no. 2889)


Jika diteliti ayat al-Qur’an dan hadis di atas, jelas bahawa ajal seseorang dan ketentuan bagi seseorang hamba Allah adalah tetap pada masanya dan tidak akan dilambatkan atau dicepatkan.


Contoh takdir mu’allaq adalah sebagaimana daripada Salman RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:


لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يُزِيْدُ فِى الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ

Maksudnya: “Tidak ditolak satu-satu ketentuan melainkan dengan doa. Tidak ditambah pada umur kecuali dengan kebajikan.”

(Riwayat al-Tirmizi, no. 2139)


Daripada Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang suka untuk dimurahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturrahim”

(Riwayat al-Bukhari, no. 5985)


Dalam dua hadis di atas pula Nabi SAW seakan memberi satu pemahaman bahawa umur boleh bertambah dengan melakukan amal kebaikan seperti menyambung silaturrahim dan lain-lain perbuatan yang baik.


Justeru, bagaimakah untuk kita berinteraksi dengan ayat al-Qur’an dan hadis-hadis yang kelihatan seperti bercanggah ini?


Bagi memudahkan pemahaman, kami bawakan dua contoh situasi berkaitan ajal manusia.


  • Seorang lelaki ditakdirkan umurnya oleh Allah SWT dengan dua takdir; meninggal pada usia 90 tahun dan pada usia 100 tahun. Takdir mubram adalah umur 90 tahun dan takdir mu’allaq adalah umur 100 tahun. Lelaki ini pada asalnya ditetapkan hidup sehingga umur 90 tahun. Maka, sebagaimana pemahaman pada Surah al-A’raf ayat 34 di atas, beliau akan meninggal dunia pada umur 90 tahun. Namun, kerana kebaikan yang dilakukannya sebagai yang terdapat dalam hadis riwayat al-Tirmizi (no. 2139) dan hadis riwayat al-Bukhari (no. 13585), umurnya digandakan menjadi 100 tahun.

  • Seorang lelaki ditakdirkan Allah SWT untuk hidup sehingga 90 tahun. Namun begitu, oleh kerana amal kebaikan yang dilakukannya, sepanjang umurnya penuh dengan keberkatan seperti kehidupan yang tenang, rezeki yang luas dan kesihatan tubuh badan.


Para ulama’ berbeza pandangan sama ada qadha’ mu’allaq itu berlaku dengan pertambahan umur manusia atau pertambahan berkat dalam hidupnya. Hal inilah yang dihuraikan dengan panjang lebar oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari, 10/416. Ibn Hajar membawakan Surah al-A’raf ayat 34 dan beberapa hadis berkaitan pertambahan umur melalui amal kebaikan. Beliau menjelaskan bahawa ia boleh dilihat daripada dua sudut:


  • Pertambahan itu bermaksud keberkatan pada umur dengan sebab kekuatan hambanya untuk berlaku taat kepada Allah dan memenuhi waktu hidupnya dengan perkara yang bermanfaat buatnya di akhirat kelak.

  • Pertambahan itu adalah benar-benar berlaku secara angka.


Pertambahan (i) adalah dalam ilmu Allah manakala pertambahan (ii) adalah dalam ilmu para Malaikat. Pendapat yang diterima di sisi Ibn Hajar adalah pendapat (i). Merujuk kepada Surah al-Ra’d ayat 39 di atas, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya.” diistilahkan oleh Ibn Hajar sebagai al-qadha’ al-mu’allaq dan “Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada "Ibu segala suratan.” diistilahkannya sebagai al-qadha’ al-mubram.


Maka, di sini kita dapat memahami bahawa dalam menetapkan satu-satu ketentuan kepada hamba-Nya, Allah SWT turut menyediakan ketentuan yang lain bergantung kepada usaha hamba-Nya. 


Kesimpulannya, pembahagian ini sememangnya terdapat dalam al-Qur’an dan al-Hadis dan ia bukanlah satu perkara yang direka-reka tanpa asas yang jelas daripada kedua-duanya.


sumber : 

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!