SPM 2023 : 27 Mei 2024 Tarikh Keputusan SPM 2023 & 3 Cara Semakan Yang Mudah

Seramai 395,870 pelajar yang menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan memperoleh keputusan peperiksaan mereka pada 27 Mei 2024 daripada sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.

Tarikh Keputusan SPM 2023


Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan pada 27 Mei 2024, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.


Berikut adalah cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 pada tahun 2024 ini.


Kaedah Semakan Keputusan SPM

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:


1: Semakan Di Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.


Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.


2 : Semakan Online

Semakan boleh dilakukan oleh calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://www.myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.


Caranya : Masuk ke pautan, pastikan anda sudah sedia dengan no giliran semasa menduduki peperiksaan SPM dan no kad pengenalan.


3 : Semakan SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menghantr mesej ke 15888. 

Caranya : Taip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar.

Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.


Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia


Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.


Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.


Langkah semakan semula keputusan peperiksaan

  • Semakan semula keputusan dibuka mulai 27 Mei hingga 26 Jun 2024 (30 hari)
  • Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  • Klik pada permohonan semakan semula keputusan
  • Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
  • Selesai.
  • Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
  • Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :


Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Laman web rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/


Akhir kata

Tahniah kepada semua calom SPM tahun 2023 yang berjaya menduduki peperiksaan sepenuhnya dan semoga keputusan ini menjadi titik permulaan bagi kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan mereka. Diharapkan keputusan ini akan membuka peluang untuk terus melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi dan mencapai matlamat dalam kehidupan.

Bagi calon yang tidak mencapai hasil yang diinginkan, jangan putus asa kerana banyak institusi yang boleh anda daftar untuk anda berjaya. Keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang bukan penanda aras untuk anda berjaya selagi anda tidak berusaha dan terus berusaha.

Post a Comment

4 Comments

  1. Pagi ni dah kecoh dah group w/app pibg sekolah anak sy sis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee bila jadi mak ni, nervous mak sama hebat mcm anak yg nak ambil result kan..hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah kepada semua penerima result SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga mereka terus cemerlang dan terus usaha bagi yang tidak mendapat result baik tapi keep fighting kan

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!