Alhamdulillah, akhirnya dapat juga masak sendiri ikan tenggiri masak padang ni sebabnya selalu anak-anak sibuk nakkan urat keting masak minang atau selalunya nakkan ayam, jadi kita ni turut jer. Ada yang panggil gulai padang, ada yang panggil gulai minang. Tak kisahlah kan, kalau ada yang tahu sila bagitau ya.
Bahan-bahan
5-6 keping ikan tenggiri
1 mangkuk santan / 1/2 kotak kecil santan
2 hiris lengkuas
1 batang serai
1 helai daun salam
1 biji tomato
1½ cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya (kalau suka)
Baca Juga : Resipi Urat Keting Masak Minang
Bahan kisar:
3 biji cili merah (kalau nak pedas, tambah cili api merah)
½ biji bawang besar / 3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Cara Penyediaan :
1. Basuh ikan tenggiri dengan bersih, kemudian dilumur garam dan kunyit. Goreng ikan sehingga masak.
2. Dalam kuali dan minyak yang sama (kurangkan kalau minyak agak banyak), tumiskan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar, kacau dan dimasak sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kemudian tomato yang telah dipotong. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api. Siap!
5 Comments
Masyaa Allah nampak pun sedap sis, boleh cuba nih, tq for sharing :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap AJ, ni dah kali kedua buat sebab en suami pun suka. Harap nanti AJ pun suka
Deletenampak sedap kak. nanti boleh cuba
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap pada selera akak, cubalah nanti
Deleteselalu kat kedai nasi padang yg jumpa lauk camni...masak padanglah kot
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!