Trip 2009 Ke Dubai Sambil Kerja Sambil Makan Angin | Since GM ni first time ke Dubai, so kenalah bawak dia makan angin kan.Dah selesai berjumpa rakan dari Malaysia dan luar negara kat booth tiba masa untuk santai la kat Gold Souq..yeahhh buka nak beli barang kemas tapi cuma nak cuci mata dan selain misi untuk office business yang dah selesai tapi nak bawak en boss kenal tempat2 kat Dubai ni


Trip 2009 Ke Dubai Sambil Kerja Sambil Makan Angin

Suka sangat tengok senibina Masjid Besar yang tertua di Dubai ni. Grand Mosque ni terletak di Bur Dubai ni, warna tanah tu memang buat kita rasa tenang jer tapi tak ambil gambar di dalam sebab takut kena marah dan wajar dikunjungi.  Eh kita sempat solat kat sini juga dan seronok dengar imam dia berkhutbah walau tak faham sebab dalam bahasa Arab kan..sedap suara dia tu.

Trip 2009 Ke Dubai Sambil Kerja Sambil Makan Angin
Memang gah! rasa nak masuk tengok tapi takut pulak sebab Dubai ni tak macam Malaysia dahlah mereka ni bukan fasih berbahasa Inggeris kang tak pasal masuk lokap tak pun kena bawak lari..hehee

Trip 2009 Ke Dubai Sambil Kerja Sambil Makan Angin
Dubai Gold Souk atau lebih dipanggil Gold Souk ni pasar tradisional masyarakat kat sini yang terletak kat tengah2 bandar dalam daerah Deira dan kat sini kita akan melalui hanya kedai yang jual barang kemas yang buat berpinar-pinar mata dan ditayang kat orang ramai dan rekaan diaorang ni mmg unik..nasib la saya tak suka sangat dengan emas..kalau tak mau bila balik Malaysia dok teringat jer kan.

Kalau sesiapa ke Dubai ni jangan lupa singgah ke sini tau kalau bukan membeli pun tapi cuci mata dan layan wow tu.

Trip 2009 Ke Dubai Sambil Kerja Sambil Makan Angin
Sempat posing waktu tunggu naik water taxi untuk ke seberang Diera sanun.  Murah jer tambang water taxi ni sesambil nikmati alam Dubai
Trip 2009 Ke Dubai Sambil Kerja Sambil Makan Angin

Dah penat berjalan pusing2 kat Gold Souq ni Ibn Batuta Mall la pulak..seperti trip yang tahun 2006...mmg tak membeli tapi nak enjoy tengok siling seakan awan dan interior  mall ni yang sangat memukau.  Nak beli barang? owhh tidak mampu rasanya.

Add captionTrip 2009 Ke Dubai Sambil Kerja Sambil Makan Angin

Dan tak ketinggalan trip kena join yang akan memecah peluh dengan penuh debaran ialah dekat Desert Safari nik. Rugi kalau datang ke Dubai tak ke sini. 

Banyakkan 4 wheel berkumpul bagi peluang kat kami menikmati keindahan padang pasir dan ambil napas gitu..hehe.  Yang pening sebab geng dalam 4 wheel ni punya la bau ketiak...serius nak menangis bukan kecut perut dengan kelajuan dan anxiety takut kereta terbalik tapi bau tiak tuu.

1 Comments

  1. Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.
    One of a kind trip and experience in Dubai.
    Click Here

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!