Writer's Block? Ohh tidak, Lama betul tak menulis kat sini, bukan tak rindu, rindu sesangat dan terlalu banyak yang nak ditulis. Nak kata tak ada masa, ada saja tapi umi suka menulis dalam keadaan tenang dan fokus.
Last menulis bulan Ogos hari tu, tu pun artikel dari klien...adusss
Masih Updated Dengan Social Media
Jangan kata kat blog umi tak menulis, nun kat Facebook, Instagram, Lemon8 malahan kat Threads pun dah jarang nak tulis walau kat otak ni banyak betul perkara yang nak dikongsi, tapi tak terluah gitu. Kalau kat socmedia tu kena fikir banyak kali sebelum menulis akan isu semasa, tak mau jadi macam dulu bila posting umi kat FB blow up, mujur bukan zaman viral macam sekarang.
Nak kata sebab umi jaga bonda, tidak juga. Rutin tetap sama tapi mungkin faktor usia yang membuat rasa kemalasan yang meninggi pun mungkin juga.
Banyak events yang umi tolak, rindu nak jumpa kawan-kawan blogger, rindu nak buat food review tapi dah rasa makin kecil walau badan makin membesar dengan jayanya.
Mana taknya, ramai betul orang muda yang jadi food reviewer dengan stail pelbagai, ada yang menarik, ada yang cukup buat rasa annoying bila ada yang buat review over, sedap katanya walhal biasa je. Tidak jujur tapi mungkin pada tekak mereka tu sangat sedap...ermm tak tahu la.
Paling menyedihkan bila ada orang Melayu beragama Islam buat review tanpa fikir halal haram, kedai yang jual arak boleh pulak dikatakan makanannya halal walhal bab halal ni bukan tentang apa yang kita makan tapi penyediaan, perkakas dan sebagainya.
Food Hunting
Kalau diikutkan dalam sebulan tu ada 2,3 kali juga umi pergi food hunting, samada untuk sarapan mahupun makan malam tapi hat yang tu pun tak sempa nak dikongsi.
Bukan saja gambar, video pun dah makin memenuhi storage kat hp.
Tapi tak per, slow-slow umi up kat platform lain dan juga kat blog. Jwanjiii hahaha.
Rutin Jaga Bonda
Rutin umi jaga bonda masih sama setiap hari dari pagi hingga tengahhari dari hari Isnin hingga Jumaat. Sebelah petang pulak kakak ketiga, Kak Ndak akan berada di rumah bonda hingga jam 8 malam. Kemudian di sebelah malam, akan ada adik-beradik yang lain menginap di rumah bonda hingga pagi esoknya.
Selain rutin setiap siang hari (kecuali Sabtu dan Ahad), umi akan kembali selepas Maghrib untuk menginap di rumah bonda pada pada setiap hari Selasa dan Khamis.
Rutin ni umi dah jalani sebelum Allahyarham abah dijemput ke rumah abadi pada tahun 2018.
Kini bonda dah semakin uzur, kerisauan tentang kesihatan bonda tu memang cukup merisaukan. Dah tak boleh bawa bonda jalan dan makan-makan kat mall, bonda dah tak boleh umi angkat duduk di kerusi roda untuk melihat persekitaran rumah setiap pagi Rabu dan Jumaat.
Jaga Cucu
Mayish dah berusia 5 bulan! Dah makin banyak akalnya.
Memang mengimbau kenangan sungguh walau sebenarnya umi dan suami cuma jaga anak on weekend sebab weekdays diaorang akan dijaga oleh bonda dan abah. Bila kami balik rumah, dah gelap. Ambil anak-anak kemudian dinner, balik rumah dan bersiap untuk tidur seawal jam 9 malam.
Gitulah rutin kami dulu dan sekarang peluang jaga cucu sama macam bonda jaga anak-anak berbalik pada kami.
Jaga Suami & Keluarga
Haha. Bukanlah jaga apa, cuma jaga perut dia sebab dia dah pencen. Rutin orang pencen ni masih sama, kalau dulu hantar sampai ke pejabat tapi ni hanya hantar sampai ke LRT sebab nak hantar anak yang kelima ke pejabat yang dalam 10 minit perjalanan.
Balik dari sana, kami akan breakfast bersama kemudian dia akan mandikan cucu, tinggalkan untuk umi persiapkan dan dia akan meneruskan tugasan di luar untuk sidai baju, angkat pakaian dan melipat pakaian sementara umi dengan rutin biasa.
Renovation Lantai Rumah
Kalau ditanya dah siap berkemas ke? tidak! Masih ada lebih kurang 10 - 15% belum betul-betul dapat ditempatkan di ruangan yang sepatutnya.
Kami tukar lantai dari parquet ke lantai epoxy untuk keseluruhan rumah kecuali bahagian dapur basah dan dapur kering pada bulan Julai lalu.
Masih ada beberapa barangan perlu ditukar supaya penyimpanan lebih kemas, maklumlah usia semakin banyak jadi nak kemas rumah supaya mudah untuk anak-anak cari bila perlu.
Ni baru sebahagian cerita tapi InsyaAllah akan dikongsi lagi nanti. Harapnya ada masa untuk menulis dan berkongsi.
Next, blogwalking jap pastu kena tidur awal sebab esok pagi tugasan jaga cucu bermula lagi.
Done mencoret kata sini selepas beberapa kali tertangguh.
Kekadang payah bila kita nak perfect dalam penulisan kat sini sebab terlalu banyak nak cerita, menyembur-nyembur idea..hahha. Hari ni umi dah nekad nak publish juga 1 posting sebelum nak coret cerita yang lain dalam minggu ini. InsyaAllah.
Till then, harap ada yang masih membaca coretan umi ni.


.jpeg)




0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!