Resepi Ayam Masam Manis Sedap Menyelerakan | Dah lama tak memasak dan tetiba teringat nak masak ayam masam manis kesukaan anak-anak.  Teruk sungguh I yang kurang rajin ke dapur ni sebab saban hari asyik beli lauk kat kedai jer.  Memang wow sangat..hehe puji diri sendiri sesekali kannn. Mudah jer bahan-bahan yang campak-campak ni. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Masam Manis Sedap Menyelerakan

Resepi Ayam Masam Manis Sedap Menyelerakan

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam, dipotong ikut kesukaan, dibersihkan, dibasuh dengan tepung dan asam limau
1 labu bawang dipotong baji
1 biji tomato dipotong baji
Daun bawang dipotong sepanjang 1 inci
Nenas dalam tin - dipotong kiub
2 sudu sos cili
3 sudu sos tomato


Bahan untuk dikisar/ditumbuk:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih - diketuk jangan sampai hancur


Cara membuatnya:-
  • Lumurkan garam kunyit pada ayam dan ayam digoreng separuh masak.
  • Tumiskan bahang yang dikisar hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan ditambah dengan air, dikacau hingga sebati 
  • Masukkan nenas dan ayam, digaul hingga semuanya disalut dengan sos
  • Tambah air jika perlu untuk pastikan semua bahagian ayam tu diselaputi sos
  • Masukkan tomato, gula dan garam, perlahankan api
  • Taburkan daun bawang, sup dan tutup api
Apa lagi kaut la..makan dengan nasi panas2..

0 Comments