siapa tak sedih bila dapat email yang earnings di tarik balik atas alasan duplicate entry?? 

Mulanya memang so excited tengok figure yang tidak seberapa berbanding blogger lain yang dah lama join nuffnang ni. Kena sedar diri sebab sebagai blogger yang biasa-biasa bukan tegar, figure tu memang buat tersenyum senang hati dan gembira sampai nak lompat bintang.



But when getting the email, memang tercepuk rasa, dont know where it goes wrong tapi tetap ubat hati. Tak per, InsyaAllah ada rezeki lebih besar nanti dan pasti ada. 


Kena usaha, kena redha, kena tawakkal bila kita dah berusaha dan berdoa pada Allah SWT. Pasti ada!





Apa itu Nuffnang

Nuffnang,  jenama komuniti pengiklanan blog yang tidak asing pada blogger-blogger di seluruh Malaysia. Jenama ini amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.
Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. 

Ramai blogger yang ternama meraih pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap. 

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari. Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. 

Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Apa yang menarik, Nuffnang Sdn. Bhd. beroperasi di Kuala Lumpur, ditubuhkan pada tahun 2007, diteraju Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Nuffnang berjaya mengumpul seramai 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

Blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

Selain menguruskan iklan di blog, Nuffnang juga menganjurkan majlis-majlis untuk blobgger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang.

Adieu.

Nota :

Life must go on! senyum selalu