Sayur Lobak Putih Tumis Air Dan Khasiatnya

by - March 08, 2013

Sayur Lobak Putih Tumis Air Dan Khasiatnya | Dulu saya memang tak suka lobak putih ni sebab rasanya agak pelik dan agak pahit tapi disebabkan en suami suka kalau dimasak lemak putih dan regunya pasti sambal belacan manakala bonda saya pulak sukakan sayur ni ditumis air...ahh sedap walau terasa pahit-pahit


Resepi Lobak Putih Tumis Air

Sayur Lobak Putih Tumis Air Dan Khasiatnya


Bahan:
2 biji lobak putih - dibuang kulit dan dihiris nipis2
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
2 cawan air
cili masak / cili api
1 biji telur
suhun


Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bawang merah dan bawang putih dan dimasak hingga naik bau dan kekuningan.  
  • Masukkan lobak putih dan dikacau hingga nampak sudah masak, masukkan air dan biarkan mendidih.  
  • Akhir sekali masukkan suhun, cili merah/api  dan masukkan telur, dimasak dalam 3 minit tapi jangan kacau telur hingga hancur 
  • Biarkan ia mengelegak dan tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Dah siap di masak, boleh makan dengan nasi panas-panas, ikan kering goreng dan sambal belacan.

Nota : Boleh juga dimasak tanpa menumis dan ikut selera sendiri ya.


Kebaikan lobak putih
Okay, lobak putih punya kebaikan dan kat sini saya senaraikan kegunaannya dan cukuplah saya bagi 4 manafaatnya kalau nak tau lebih lanjut kena la google ya

1. Sebagai ubat penawar racun
Jika seseorang keracunan seperti pengaruh ubat cuba makan lobak putih dan dia akan muntah yang mana bila dia muntah, segala racun akan keluar

2. Menyembuhkan batu karang
Lobak putih dikisar bersama air dan diminum.  In Sha Allah batu karang akan tidak tumbuh lagi. Disarankan kita meminumnya setengah gelas sehari, diwaktu pagi atau sebelum sarapan.  Lobak putih mengandungi potassium yang cukup tinggi sehingga berupaya menurunkan risiko batu karang dalam tubuh.

3. Merawat wajah berjerawat
Jadikan lobak putih sebagai mask

4. Membantu menurunkan berat badan
Memakan lobak putih akan membuat kita rasa kenyang dan mengurangkan jumlah pemakanan kita.

Antara khasiat lobak putih adalah

  • Menjaga kesihatan gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku.
  • Merangsang nafsu makan.
  • Menghilangkan gugup dan darah gemuruh.
  • Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan.
  • Mengatasi masalah pencernaan.
  • Meredakan sembelit.
  • Merawat selsema.
  • Membantu mengurangkan gejala tuberkulosis atau batuk kering.
  • Lobak putih juga mempunyai kesan diuretik ringan yang membantu meningkatkan pengeluaran kencing oleh buah pinggang. Elok untuk pesakit batu karang.
  • Baik untuk pesakit diabetes.
  • Mengurangkan bronkitis.
  • Mengurangkan sakit tekak.
  • Mengurangkan gejala asma.
  • Mengurangkan batuk.
  • Mengurangkan selesema.
  • Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!