Bila berada di Dubai ni, memang tak perlu risau sebab bukan kali pertama ke sini dan di sini ramai juga kawan-kawan dalam industri pelancongan seperti Aslam, Yusuf Seedat, Gihan dan beberapa orang lain yang cukup rapat.S

Gihan Hanafy antara agen pelancongan yang cukup rapat dan sungguh beria-ria nak bawa SSL ke rumahnya jadi pada 10 Mei 2013, SSL batalkan lunch date dengan Aslam tapi tunggu punya tunggu, lewat tengahari baru Gihan sampai

Tapi sebenarnya dah makin berusia ni rasa macam kurang manis pulak kan keluar berdua dengan Aslam walaupun kat negara orang dan jauh dari dhubby dan sanak saudara.

Memang rasa berjanggut menunggu si Gihan ni dan akhirnya dapat juga jejakkan kaki ke Ras AlKhaimah ni.



Hari Jumaat jadi semua kedai tutup dan shopping mall yang disinggah pun tutup tapi Gihan nak pergi sebab dah terlanjur kesini kan

anak bongsu Gihan buat teringat kat Icha

Sampai rumah Gihan dan mulanya agak segan sebab husband dia pun ada tapi both of them are very nice sama jugak 3 orang anaknya yang pemalu.  Gihan dan family ni asal orang Egypt yang dah bermastautin di Dubai tapi mereka lebih suka tinggal di Ras AlKhaimah sebab rumah lebih murah.


Lepas lunch yang sedap sebab ikan bakar yg fresh tapi rasa mual sebab minum air susu masam keke. Berkali2 Gihan soh tidur kat rumah dia..alamak tak ler sebab first time walau kenal Gihan dah bertahun2.  Lepas lunch, depa bawak SSL ke rumah parents Gihan yang sangat humble walau bapa Gihan tu lawyer.  Dia tinggalkan anak2 dia kat rumah parents dia dan bawa SSL round bandar Ras AlKhaimah.


Kami berhenti kat tepi laut dan kira macam drive thru tapi ni pelayan kedai tu datang dan dengan dulang teh kemudian depa bawak SSL ke shopping mall.  Ingat nak buat apa, rupanya depa suruh pilih abaya...waaa takuttnya sebab harga abaya tu semua mahaiiii walau hati nak la jugakkan.  Finally dapat grab 1 dan siapa testing dan potong ikut ketinggian yang tak tinggi nii haha


Depa bawa lalu bandar Ras AlKhaimah dan SSL sempat tengok lelaki Arab menari dekat kawasan lapang kat dewan perkahwinan..awesome sebab tarian tu sangat slow dan sempat ambil video jugak dan kami pergi jugak kat tepi sungai tapi tak la nampak apa sangat sebab dah malam kan.


yang ni yang untuk perasap dalam rumah

Gihan suruh pilih bau mana yg nak..adehhh bukan kita pandai pun tapi kedai ni memang kedai khas yang jual serba maneka wangian dan harganya erkkk nak tercekik tengok

ole-ole dari Gihan

Tak cukup dengan abaya dan pewangi rumah tu, dibekalkan pulak manisan...aduhh naik kembang muka sebab banyak betul hadiah tuu..syukur Alhamdulillah.  rezeki kan





Bila sampai balik bilik hotel jer dapat call dari Aslam kata dia kena keluar daerah dan tak sempat nak jumpa tapi dia dah tinggalkan sesuatu kat reception.  Balik pun dah jam dekat 11 malam nak keluar wat per kan.  Front office hantar bungkusan dan its perfume..wahhh terujanyaa.

Sebenarnya kali ni memang banyak beli perfume sebab bila ATM jer ada warehouse sale so SSL dah beli sorang satu Polo Black - Ayong, Cool Water - Angah, Kak Yang, Kak Chik, Miya dan dhubby.


Time to sleep dengan merehatkan badan yang keletihan

Salam dari Dubai!