blog.iamfuzy™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

September 26, 2015

Resepi Bubur Kacang Hijau Buat Tetamu Kenduri

Sempena walimatulurus anakanda Afif Syahmie dan Diyana pada 26 September yang lalu, SSL teringin nak buat bubur kacang hijau dan pulut hitam sebagai manisan untuk tetamu yang meraikan raja sehari ni.

So sila la cuba resepi mudah ni, mungkin ada yang dah tahu cara nak membuatnya kan

Bahan-bahan
  • 5 kilo kacang hijau
  • 1000ml santan kotak
  • 500ml santan pekat
  • 5 ketul gula kabung
  • 1/2 kilo biji sagu - direndam 
  • 1.3 kilo gula putih
  • 3 inci hali - diketuk
  • Air
  • Garam 
  • Daun pandan - disimpul
Cara membuatnya :
  • Kacang hijau direndam semalaman hingga kembang (sebaiknya 8 jam sebab banyak), dibasuh dan ditoskan
  • Kemudian dimasukkan kedalam periuk berserta air, tak perlu banyak sebab dah kembang, direbus dengan halia dan daun pandan, dikacau hingga mendidih
  • Masukkan gula kabung dan gula putih serta dikacau
  • Pastikan kacang hijau dah benar-benar kembang, baru masukkan santan, dikacau lagi, masukkan air jadi tak terlalu pekat
  • Masukkan biji sagu, dikacau supaya biji sagu tu tak melekat dan akhir sekali letakkan sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak. Tutup api
Tips : 
  • santan tak dimasuk awal sebab tak nak santan pecah minyak, tapi ada yang bubuh santan sama masa merebus.  
  • Ada yang suka cicah roti atau biskut kedalam bubur ni, ikut selera masing2 kan.



Kalau untuk makan seisi keluarga yang  4 - 5 orang tu boleh cuba mengikut anggaran seperti dibawah ni.


Bahan:
  • 300 gm kacang hijau
  • 2 cawwn santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 1/2 senduk gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 inci halia
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara membuatnya boleh jer ikut seperti diatas.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!