Resepi Ikan Mayong Masak Cuka Pasti Buat Terliur

by - February 05, 2016

Resepi Ikan Mayong Masak Cuka Pasti Buat Terliur  | Masakan kegemaran hubby ni dan kalau kat kg arwah mak dia akan masak guna ikan tongkol tapi kalau kat sana diaorang panggil masak jeruk ikan tongkol gitu...Mujur memang masakan ni sama dengan bonda saya masak cuma panggilan tu jer yang berbeza.

Resepi Ikan Mayong Masak Cuka Pasti Buat Terliur

Masakan ni tahan lama dalam 3 hari kalau isi tu tak habis sebab lagi lama kita simpan dan ikan yang terrendam didalam kuah cuka tu lagi sedap lebih-lebih lagi kalau ikan tongkol.  Kalau dulu bonda saya suka guna ikan selangat sebab ikan mayong ni payah nak dapat...dulu tu masa saya kecil dan muda remaja la.

Ikan mayong atau pelotan yang biasa dipanggil oleh orang Kedah ni spesis ikan duri ya dan ada perbezaannya kata hubby..kalau tanya saya...tak pasti walau dia pernah terangkan sebabnya bila membeli di pasar tu memang tugasan hubby.


Bahan-bahan:-
Ikan mayong/ikan pelotan/ikan tongkol digoreng, kalau garing lagi sedap)
3 batang serai, dihiris nipis
3 ulas bawang merah, dihiris kasar
3 ulas bawang putih, dihiris kasar
2 inci halia, dihiris
1 sudu kecil halba campur
2 cawan cuka masak
1½ cawan air
sedikit garam,
gula dan
serbuk kunyit
2 sudu minyak masak


Untuk hiasan:
1 biji bawang besar dipotong taji
2 biji cili merah, dibelah tanpa putus
6 biji cili api, dibelah tanpa putus


Resepi Ikan Mayong Masak Cuka Pasti Buat Terliur

Cara memasaknya:-
  • Ikan mayong, dibasuh dengan air campur tepung gandum bagi menghilangkan lendir-lendir dan kemudian dibasuh dengan limau kasturi, ditoskan. Ikan dikelar-kelar  supaya bila goreng nanti tak meletup-letup  dalam kuali, gaulkan garam kunyit dan goreng. Dah habis goreng letak dalam pinggan.
  • Panaskan minyak dan tumis serai yang dihiris hingga kekuningan, masukkan halba campur hingga naik bau.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih yang dihiris agak kasar tu pun bagi sampai nampak layu.  Masukkan cuka serta 1½ cawan air dan serbuk kunyit.  Biarkan kuah tu mendidih, kemudian masukkan ikan yang  digoreng tu dan reneh dalam lebih kurang 10 min atau mendidih
  • Masukkan bawang besar, cili api serta cili masak yang dibelah, padam api dan taburkan garam secukup rasa.


Nota: - 
Cuka ni kalau siapa tak tahan boleh buat pedih perut, jadi untuk  naturalize masukkan sedikit gula tapi jangan terlalu banyak nanti jadi manis pulak

Apa lagi hidang la atau senduk nasi makan waktu panas2 tp bukan waktu tengah mengelegak tu nanti tak pasal2 melecur lidah tu.


Selamat mencuba..



pv557/up040520

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!