Resepi Kerabu Pegaga Udang Bersantan Sedap Menjilat Jari

Resepi Kerabu Pegaga Udang Bersantan Sedap Menjilat Jari | Haa ni resepi my d'hubby yang awesome dan favourite semua kitaorang. Hanya d'hubby yg hebat dan pandai buat ni.  Dia buat begitu halus dan seni sekali dan yg pasti rasa tu mmg umphhh la tak pernah berubah sbb dia buat betul2 sukatan tak mcm SSL yg main hentam jer kan..hahaha



Resepi Kerabu Pegaga Udang Bersantan Sedap Menjilat Jari

Memang serius halus sungguh hirisan daun pegaga d'hubby ni, memang kalau buat kerabu pegaga ni hanya dia yang akan bersihkan, pilih dan hiris kalau tak memang penat dengar dia bebel tak halus la dan macam-macam lagi. Kalau membeli pun memang dia pilih daun pegaga yang jenis kerinting kalau tidak memang tak sedap.


Bahan-bahan :-
  • 2 ikat daun pegaga kerinting
  • 150 gm udang

Bahan-bahan untuk dikisar:-
  • 10 biji cili kering dibuang biji dan dibasuh kemudian direbus 
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan sebesar ibu jari
  • asam jawa sedikit
  • kelapa parut bahagian putih

Cara membuatnya:
  • Daun pegaga yang telah dibersihkan, dibasuh, dihiris halus kemudian direndam dalam bekas berisi air dan dimasukkan garam dalam 10 min dan toskan
  • Udang dibuang kulit dan bahagian hitam kat belakang tu dan direbus. Toskan dan air rebusan udang dimasukkan dalam bahan yang hendak dikisar

  • Bahan yang telah dikisar dimasukkan ke dalam bekas, masukkan daun pegaga serta udang dan digual hingga mesra.  Tambah garam dan sedikit gula (ni memang d'hubby letak sebab dia tak makan pedas) tapi jangan banyak. Dah siap!

Selamat mencuba!
Resepi Kerabu Pegaga Udang Bersantan Sedap Menjilat Jari Resepi Kerabu Pegaga Udang Bersantan Sedap Menjilat Jari Reviewed by Fuzy Hamid on March 20, 2016 Rating: 5

No comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.