Pokok Dukung Anak Tumbuh Meliar Banyak Kegunaannya | Memang pelik nama pokok Dukung Anak ni..tak pasti di bahagian mana yang nampak macam dok dukung anak sebab tumbuhan renek dan kecil saiznya namun banyak kegunaannya.

Pokok ini jugak dikenali dengan nama Keman Jolok atau Amin buah dan mungkin dipanggil dengan nama lain jugak kan.  Pokok ni amat mudah dijumpai di tepi jalan, di tepi sungai dan kawasan tanah rendah dan pokok ni pun ada dalam pasu bunga di belakang rumah.


Pokok Dukung Anak Tumbuh Meliar Banyak Kegunaannya
ni yang tumbuh dalam pasu kat depan  rumah 

Pokok Dukung Anak  Tumbuhan Herba Tumbuh Meliar Banyak Kegunaannya


Image result for pokok dukung anak
Pokok Dukung Anak Tumbuh Meliar Banyak Kegunaannya
gambar  google
Pokok dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah spesies tumbuhan herba yang boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand serta di negara China dan Amerika Selatan.

Jom kita kenali dan guna pokok ini untuk tujuan perubatan, tanpa kos dan InshaAllah tanpa risiko. Keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan untuk perubatan bermula dari akar hingga ke buah. Di antara penyakit yang boleh dirawat seperti penyakit kuning, demam panas, cirit birit dan perut meragam.

Kalau sesiapa ada penyakit luaran seperti kudis, bisul dan luka, ambil daunnya, dilumatkan dan ditampal ditempat yang sakit.
         
Akar, daun, buah dan keseluruhan pokok dukung anak mempunyai pelbagai nilai perubatan. Ia sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda sama ada dikeringkan menjadi serbuk atau digunakan segar.
         
Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B.
         
Akarnya yang masih segar adalah penawar berkesan untuk penyakit kuning ( jaundis ) terutama pada bayi baru lahir.

Pokok ni jugak digunakan untuk merawat batu karang, malaria, asma, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, merawat gigitan serangga berbisa, merawat cirit birit dan kemungkinan ada untuk merawat lain2 sakit jugak...tu masih tak jumpa lagi.

Pokok Dukung Anak  Tumbuhan Herba Tumbuh Meliar Banyak Kegunaannya

Cara nak guna daun ni:

  • Ambil pokoknya segengam serta akar, direbus dan airnya diminum dan boleh juga dikisar dalam pengisar, ditapis dan terus diminum


  • Untuk sakit kulit atau digigit serangga berbisa, campurkan daun yang dilumatkan dengan garam, disapu pada kulit yang bermasalah, InsyaAllah