Resepi Sambal Berlada Ikan Bilis Petai Yang Mudah Dan Sedap | Assalammualaikum pembaca semua.  Tengok pada tajuk resepi pun mesti ramai yang dah terliur kan. Maafkan lah si tukang masak yang kurang pandai memasak ni.

Sememangnya sambal berlada ikan bilis ni kesukaan saya dan anak-anak tapi bila diletakkan petai bertambah suka la dhubby dan Kak Meya sebab mereka berdua ni peminat petai! Bagi kami yang tak makan petai ni cuma mampu makan ikan bilis la


Resepi Sambal Berlada Ikan Bilis Petai Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Berlada Ikan Bilis Petai 

Bahan-bahan:-
150 gm ikan bilis
20 batang cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam keping


Cara membuatnya:-

  • Ikan bilis dikopek dan ditoskan selepas dibasuh.  Bila dah kering, ikan bilis digoreng dan diletakkan tepi.
  • Kisar cili kering dan kemudian masukkan bawang besar.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk kasar tu hingga naik bau dan bertukar kekuningan
  • Masukkan cili kisar dengan api sederhana, biarkan sampai cukup masak dan masukkan petai serta asam keping. Biarkan ianya dimasak hingga agak kering dan masukkan ikan bilis goreng.  Kacau hingga sebati.  Padamkan api dan letak kan sedikit garam, kalau tak letak pun tak apa sebab ikan bilis dah sedia masin. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan


Khasiat Petai

Bila cakap pasal petai, ahh dah terbayang baunya yang cukup busuk pada bukan penggemar petai tapi tahu tak yang petai ini banyak khasiatnya walau pada saya petai ni elok untuk mencuci buah pinggang.

  1. Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
  2. Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
  3. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  4. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  5. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.
  6. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan. Source:Segalanya Tentang Tumbuhan…