Resepi Peknga Ubi Kayu Yang Sedap Dan Mudah

by - June 02, 2020

Resepi Peknga Ubi Kayu Yang Sedap Dan Mudah | Mungkin ramai yang pelik dan tertanya apa tu peknga bukan? Peknga lazimnya sebutan orang utara untuk pancake atau lempeng yang ditempek-tempek di belanga alkisahnya. Bila sebut lempeng ni ramai yang tahu tentang lempeng kelapa, lempeng pisang yang cukup popular dan senang didapati tapi lempeng ubikayu ni pasti rare kan tapi tidak bagi saya dan keluarga. 

Peknga ubikayu ni special sebab ni favorite saya dan adik beradik, peknga ubi kayu ni kalau bonda buat memang berebut la kami sampai kena sorok dulu kalau tak tak merasa la orang belakang tapi masa kecik² dulu mmg mak sangat tegas, kena siap masak dulu, buat air teh seteko, bentang tikar dan duduk ramai²  makan sama².

Resepi Peknga Ubi Kayu Yang Sedap Dan Mudah
Kalau lempeng pisang, lempeng kelapa memang kena letak tepung beras atau tepung gandum tapi bagi peknga ubikayu ni tidak perlu tapi kalau ubikayu tu sikit sangat boleh la tambah.  Bahagian yang buat stress sikit bila kena parut ubi kayu ni sampai kekadang tersagat jari.  Tu la thrillnya dah nak makan sedap kan.

Nak tahu istimewa atau tidak dan mungkin akan menjadi favorite anda, sila la cuba resepi peknga ubi kayu ni dan mungki anda akan jatuh hati macam saya jugak.


Bahan:-
Ubi kayu, dibuangkan kulit, dicuci bersih dan diparut
2 sudu cili kisar
4 ulas bawang merah / 1 labu bawang besar
sedikit udang kering, ditumbuk kasar
1 biji telur
garam secukup rasa

Resepi Peknga Ubi Kayu Yang Sedap Dan Mudah

Cara membuatnya:-
  • Ubi kayu diparut dan dicampurkan dengan cili kisar, udang kering (kalau suka), bawang, telur dan garam secukup rasa.  Digaul hingga rata dan sebati.  Kalau tak letak telur atau udang kering pun dah cukup sedap.
  • Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak.  Kalau dulu kami guna daun pandan yang dilipat, diletakkan atas pinggan yang ada minyak dan sapu ke kuali. Wangian dari daun pandan yang kena kuali tu pun dah cukup membuka selera.
Resepi Peknga Ubi Kayu Yang Sedap Dan Mudah
  • Bila kuali dah panas, sendukkan adunan parutan ubi kayu tu, ratakan dengan senduk atau sudu macam buat lempeng / capati 
  • Terbalikkan peknga tu sampai masak dan boleh la diangkat dan dihidang
Selamat mencuba.

You May Also Like

6 Comments

  1. kt umah saya memang panggil peknga. mak saya selalu jugak buat. mmg sedap

    ReplyDelete
  2. wow ni first time ray tahu pasal perkataan peknga. bertambah lagi satu vocab. yayyy

    ReplyDelete
  3. dulu arwah mak selalu buat..tp skrg nak cari ubi kayu pun agak susah

    ReplyDelete
  4. menarik menu nya kak, dana tak pernah jumpa lempeng kelapa yang boh bawang dan cili boh.... kalau biasa tu dia jenis manis je

    ReplyDelete
  5. PC pernah dengar kawan PC sebut..tapi PC tak tanya peknga tu apa..sekarang dah tahu.

    ReplyDelete
  6. kalo yang dengan ubi kayu x penah makan lagi..
    selalu tepung biasa dengan kelapa.. hehe janji sodapppp kan =D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!