Kononnya Umi dah malas nak menonton drama bersiri sebab kesibukan tapi bila tertengok drama terbaru Hikayat Cinta si Pematah Hati (HCSPH) terus terjebak sebab si Alif Satar yang berlakon..dia pelakon yang bagus dan serba boleh dan novel ni Umi dah baca sekitar tahun 2012 dan maklumla novel dipinjam dari kawan tu yang tak pulak Umi buat review..rugi..rugiii

psst..Alif Satar ni dulunya jiran sebelah rumah Umi dan kawan Ayong Azmer dan he is just a nice boy dan sangat menghormati orang tua..erkk dah tua.  Memang dia pandai menyanyi seperti papa dia jugak tau

HCSPH karya E-Man Sufi ditayangkan di slot Mega Drama (Astro Ria) adalah terbitan Suhan Movies & Trading diarahkan oleh Shalini Balasundaram bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.  Barisan pelakon selain Alif Satar (Rayyan Rayqarl), Nabila Razali (Wafeen Wardah),
Hafreez Adam (Daniel Elhan), Nadiyah Sahab (Tengku Zarynn), Ruminah Sidek, Edika Yusof, Kuza, Zila Bakarin dan ramai lagi

OST Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Sinopsis Hikayat Cinta si Pematah Hati

Wafeen Wardah (WW) bercinta dengan lelaki pilihannya Daniel Elhan (DE) selama 4 tahun tapi masih tiada sebarang tanda dijari walau DE pernah menyarungkan cicin tanda ala matsaleh tapi bukan secara rasmi mengikut adat.  Kehilangan rantai kaki WW menemukan dia dengan Rayyan Rayqarl (RR) buat pertama kalinya dan RR jatuh hati setelah berjumpa empunya rantai kaki ditanah perkuburan.

Pertemuan kali kedua RR dan WW terjadi bilamana Valkish yang dijumpai WW dan Nek Jah adalah adik RR dan seterusnya mereka semakin rapat sebab Nek Jah tak de sesiapa selain cucunya WW dan WW pulak memang tinggal dengan Nek Jah sedari kecil manakala ibubapanya berada di Cape Town.

DE pulak adik RR berlainan ibu dan RR memang mendendami siibu tiri yang dulunya orang gaji yang telah merampas ayahnya Datuk.  DE pulak dilihat sebagai anak yang taat perintah ibu dan terpaksa bertunang dengan TZ kononnya untuk status tapi sebenarnya keluarga TZ sudah hampir muflis dan TZ sendiri dipaksa abangnya Tengku Muis lakonan Feroz Khan untuk memikat DE.

Dipendekkan cerita RR dan WW ni memang pernah kenal dulu dan karipap pusing yang diminatinya mengingatkan RR akan budak perempuan dizaman sekolah yang pernah memberi dia makan karipap pusing yang sedap dan WW pulak simpan pulak menyimpan pembalut gula-gula getah dan batang aiskrim RR. alolo sweetnya kan

Geram tengok Tengku Muis yang jahat tu tapi sila la tengok sampai habis ya dan nantikan babak-babak yang boleh mengalirkan airmata walau WW dan RR ditakdirkan berkahwin tapi pelbagai halangan berlaku..ishhh kita tunggu la tengok drama tu ya

Kalau baca novel lebih feel dan novel ni memang buat mengalir airmata *sobsss*. Memang sedih tapi bukan lah pengakhiran tapi WW memang terpaksa meninggalkan RR demi kesihatan suami tercinta sebab hanya DE saja penderma yang sesuai dalam masa yg terdekat.  Bila RR sedar WW dah pergi meninggalkannya dan memang dia sangat kecewa.  DE nanti akan menyesal kerana mengabaikan isteri yang setia dan kalau tak silap TZ meninggal (kalau tak silap la).  Paling geram kat Tengku Muiz tu rasa nak sepak2 jer.  Nanti WW akan kembali dengan anak..yea anaknya la

Eh jomm sambung tengok sambungan drama ni...

Sebenarnya lagu-lagu dalam Hikayat Cinta Si Pematah Hati ni yang menarik minat jugak.  Ingatkan ada lagu nyanyian Alif Satar tapi bila digoogle tak ada pun tapi lagu-lagu dalam drama ni memang best

Tajuk Lagu : Aku Cinta
Penyanyi : Syamel & Ernie Zakri
Lagu : Syamel
Lirik : Syamel Aqmal
Lirik Lagu Aku Cinta Syamel & Ernie Zakri

Tajuk Lagu : Oh Cinta
Penyanyi : Bella Nazari
Komposer : Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong
Lirik Lagu Oh Cinta Bella Nazari

Tajuk Lagu : Jangan Menangis
Penyanyi : Aizat Amdan
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong
Lirik Lagu Jangan Menangis Aizat Amdan

Tajuk Lagu : Tabahkanlah
Penyanyi : Twinnies
Lagi : DJ Fuzz
Lirik : Adi Viral
Lirik Lagu Tabahkanlah Twinnies

Tajuk Lagu : Kumbang Dan Bunga
Penyanyi : Wanie Kayrie feat Viral
Lagu & Lirik : DJ Fuzz
Lirik Lagu Kumbang Dan Bunga Wanie Kayrie feat Viral

Tajuk Lagu : Sabar
Penyanyi : Ismail Izzani
Lagu & Lirik : Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izani, Zyn
Lirik Lagu Sabar Ismail Izzani

Tajuk Lagu : Tetap Ada Kamu
Penyanyi : Putera Muhammad
Lagu : Awi Rafael & Faizal Tahir
Lirik : Awi Rafael & Yasin