Sewaktu membaca Harian Metro semalam ternampak kisah orang² di Kelantan dok beramai-ramai mencari etok.. dah jadi macam pesta pulak dan tetiba pulak terasa nak makan etok ni tak gitu +FeyLiez dan mungkin  +Cik Renex+Lea Azleeya pun tertunggu jugak kan atau ada jugak yang tak lalu makan..tak per siapa tak lalu makan..sila tutup mata haha dan kalau yang adventurous tu sila la cuba okay

Teringat tahun lepas jugak seorang sahabat kat pejabat pun sungguh meriah menjamu etok2 yang dimasak maknya kat Temerloh.  Bayangkanlah dia balik Temerloh untuk hujung minggu dan bila dia masuk balik ke pejabat hari Isnin dia bawak sebekas etok yang dah siap dimasak dan sedia dimakan dengan nasi panas2..memula tu macam cuak la jugak nak cuba...terasa pelik tapi bila orang dah bawak dari jauh dan jamu kita...jadi kena la cuba dan perghh memang sedap dan bagi Umi yang pertama kali makan tu terus jatuh hati la kat etok ni hehe.

Rasa etok ni tak macam kerang sebab dia mcm kenyal tak kenyal tapi lebih sedap dari kerang..

pssst..harap2 tahun ni dapat lah lagi makan etok dia tu kan tapi bila tanya kawan pejabat yang berasal dari Pahang dia cakap tak dengar cerita lagi..tapi kat Kota Bharu dah ada macam dalam suratkhabar Harian Metro semalam


Apa itu etok? sumber dari wikipedia

Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-krangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut.  Ia merupakan hawian bercengkerang mollusc, dwicengkerang.  Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea.

Di Malaysia musim kemarau diantara bulan Mac dn Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan.  Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasn yang tenang aliran airnya dan berlumpur. Kulit kerang etok biasanya terdapa tdalam 2 macam warna iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah.  Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir.
Etok boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kerawat besi

Nak tau selanjut baca SINI