Review Novel : Akulah..Aryana Oleh M Mariann | Sejak dua menjak ni umi dah rajin membaca kat Wattpad dan siap download kat hp dan tablett jugak Wattpad ni sebabnya kena belajar berjimat cermat dan elakkan keborosan kalau tak asyik terklik jer pembelian dekat Google Book kang tak pasal² terbeli e-book lagi waaa macam baru- baru ni.


Okay entri ni sebenarnya Umi nak buat kupasan dan ringkasan pasal novel terbaru yang Umi baca kat Wattpad dan novel ni pun ada dipasaran tapi cuma di Popular Book Stores dan boleh beli online dari Trop Publication.  Memang kena beli la novel ni sebab kat Wattpad hanya sebahagian jer yang cik novelis tu up kan..huhu.  Bila dah baca tu semangat nak beli novel ni melonjak² gitu ngeeee jadi selepas habis event dekat Arina Skyview tempohhari, bergagah Umi pi cari novel ni dekat Popular BS di Wangsa Walk...nasib baik jalan tak sesak dan dapat pulak parking dengan mudah...sampai ke kedai buku tu lagi 2 minit jam 10 malam..maka melayang lah RM24.00 untuk senaskah nukilan M Mariann ni


sempat snap pic ni sebelum ke kaunter pembayaran tau..hehe

Penulis : M.Mariann
Bil mukasurat : 488
Bil bab : 56 + 1 epilog
Terbitan : Trop Publication

Aryana bekerja sebagai pembantu butik pengantin yang menjadi model bidan terjun kerana sepasang model sebenar tidak muncul begitu juga dengan Aydan Lim yang secara kebetulan tiba menjadi pasangan model bersama Aryana lantas terpikat dengan sigadis yang tampak penuh misteri.

Aryana dilamar Tuk Awang buat cucunya Hakim yang sememangnya diminati Aryana sejak zaman sekolah dan lamaran diterima walau hati penuh kerisauan bila terkenang episod hitam diperkosa ayah sendiri sewaktu kecil sering menghantui malah rakan karibnya Yani sendiri tidak menyetujui keputusan Aryana.

Aydan kembali ke butik pengantin dengan hasrat untuk mengenali Aryana tapi sigadis telah berhenti kerja dan bakal berkahwin, Aydan pasrah dan menyesal kerana terlewat dan membawa diri ke Dubai

Dimalam pertama, rahsia Aryana terbongkar dan Hakim merasa tertipu kerana Aryana yang dicintai bukan gadis suci dan Aryana diperlakukan dengan teruk sekali.  Kepulangan Aryana ke rumah keluarganya, dia dikejutkan dengan kematian ibu serta ketiga2 saudara perempuannya dan Amri satu-satunya adik lelakinya disahkan membunuh akibat ketagihan dadah namun pelik bila ayahnya sendiri menghilangkan diri.

Hakim kemudian membawa Aryana ke Penang dan kembali dengan tabiat minum arak dan seks bebas dan paling sengsara buat Aryana kerana Hakim melampaui batas dan hilang kewarasan hingga memukul Aryana kerana cemburu dan sering curiga dengan semua lelaki. Aryana dipukul tanpa belas dan dimasukkan ke hospital dan keguguran.  Kemarahan Hakim makin membuak bila mempersoalkan tentang majalah yg memuatkan Aryana dalam pakaian pengantin dan beranggapan Aydan adalah kekasih isterinya yang tidak mahu bertanggungjawab dan sekali lagi Aryana dipukul tanpa belas. Hakim semakin melampau hingga berhasrat menjual Aryana ke kancah pelacuran namun Aryana yang terdengar perbualan telefon Hakim sempat melarikan diri ke rumah jiran. Zafril menjemput Aryana namun dapat dikesan Hakim yang mengejar mereka. Aryana teruk dipukul tanpa belas kasihan namun kehadiran pihak polis menyebabkan Hakim melarikan diri.

Aydan kembali didalam hidup Aryana yang secara kebetulan adalah teman sekolah Zafril dan cinta pun berputik.  Demi Arya yang dicintai, Aydan mengupah bodyguard untuk keselamatan kekasih hatinya.  Rumahtangga Aryana dan Hakim ternoktah dengan perceraian namun Hakim tetap berdendam.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kematian Zafril serta kedua ibubapanya sebelum sempat melangsungkan pernikahan bersama Dr Nadia dan Aryana diculik  sementara Aydan terpaksa berpatah balik kerana ditimpa musibah. Aryana akhirnya dijual ke rumah pelacuran dan disini Aryana bertemu teman karibnya Haryani yang terlebih dahulu menjadi pelacur angkara Hakim. Maka bermulalah kehidupan Aryana sebagai pelacur kelas atasan.  Sementara Aydan kehilangan jejak Aryana dan hilang semangat hingga dihalau oleh orangtuanya dan kembali ke Dubai.

Kematian Yani membuat Aryana semakin sedih dan cadangan Bob lelaki yang ditugaskan menjaga Aryana untuk melarikan diri membuat dia semakin nekad dan rancangan diatur supaya tidak diketahui ibu ayam.  Ketiadaan Yani membuatkan Aryana harus mengambill tempatnya untuk melayan King dipesta meraikan raja dadah yang baru. Bob kasihkan Aryana dan tidak sanggup Aryana terseksa melayan King yang kerap mahukan Aryana kerana King adalah Hakim. Kesediaan pelacur muda yang berhasrat untuk melayan King memudahkan rancangan Aryana

Dihari waktu yang sama Aryana melarikan diri, polis menyerang tempat pesta King tapi konco2 ibu ayam menyedari, mengejar Aryana dan Bob dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan Aryana jatuh kedalam gaung.  Di tempat pesta sigadis yang menggantikan Aryana terkorban serta ramai yang lain sementara Hakim tidak dapat dijejaki.  Aydan yang tidak pernah berhenti mencari Aryana pasrah kerana Aryana dilaporkan terkorban ditempat pesta.

Aydan kembali ke Malaysia selepas 5 tahun dan menetap di Aryaanis Resort & Spa yang diterajui Adriy.  Kelibat gadis yang menghantar tuala ke bilik mengingatkan Aydan kepada Arya gadis yang dicintainya dan tambah mengejutkan sigadis Asha adalah anak angkat kepada kedua orangtuanya. Aydan sangat pasti Asha adalah Aryana walau telah bertudung hingga meminta ibunya meminang Aryana kerana tidak sanggup kehilangannya. Akhirnya Asha mengaku dialah Aryana dan dia bersyukur kerana kedua ibu bapa angkatnya menerima dia setelah dia menceritakan segalanya kisah hitam hidupnya.

Aydan kembali memegang tampuk pengurusan Aryaanis Resort & Spa yang dinamakan sempena nama Aryana dan Awanis isteri Adriy sahabat Aydan namun kehadiran Imran Ali kenalan Aydan yang berhasrat melabur diresort juga meluahkan isihatinya membuatkan Aryana gelisah kerana dia bimbang andai Imran adalah antara pelanggan yang pernah melangganinya.

445..143

Kisah Aydan Khalish Lim dan Aryana akhirnya bernikah, namun Aryana diculik oleh Imran. Aydan juga Aryana terfikir kemungkinan Imran adalah Hakim kerana dia tidak dijumpai sewaktu serangan polis tapi mereka silap kerana Imran Ali adalah Imran Danial sahabat Hakim yang telah menjalani pembedahan akibat kecederaan teruk dimuka.  Dia yang sememannya menyukai Aryana di zaman persekolahan tapi Hakim yang dipilih Aryana.  Imran yang terpandang Aryana sewaktu tinggal di resort berharap untuk memiliki Aryana kerana Hakim sendiri umpama mayat hidup dan pasti dapat membahagiakan Aryana malah dia sendiri tidak bersetuju bila Hakim ingin menjual Aryana tapi siapa berani nak melawan Hakim pasti tahu akibatnya.

Tragis sungguh kisah cinta Aydan dan Aryana namun berakhir dengan indah sekali walau Aydan cedera dengan teruk sekali tapi Imran tewas akhirnya.   Aydan menjadi adalah suami dan ayah yang terbaik walau cacat dek kecederaan sewaktu menyelamatkan isterinya.

Aydan juga yang beria-ia mencari ayah Aryana yang hidup gelendangan dan bersama-sama berjumpa Hakim yang ingin memohon maaf kepada Aryana

Nak tau apa yang dok diulang 454 ..143? tu antara dialog Aydan kepada Aryana..454 adalah bilik penginapannya di resort dan 143 bermaksud I LOVE YOU (jumlah perkataan dalam setiap huruf tu) alooo sweet kan.

Memang tak rugi membeli novel ni walau Umi kena cari ruangan untuk penyimpanan dan yang pasti memang menunggu buahtangan seterusnya dari M.Mariann tu.