Assalammualaikum

Berapa ramai yang suka membaca? tak kisah lah membaca buku ilmiah, buku keagamaan atau novel. Selain Wattpad (rasanya ramai yang tahu pasal ni kan), kita boleh membaca secara online di Portal Ilham yang penuh dengan karya dari penulis baru dan tak kurang juga ada sesetengah karya telah dibuat drama antaranya Asam Pedas untuk Dia.  Seperti di Wattpad, ada karya yang belum siap sepenuhnya, jadi pandai-pandai ler nak pilih  bahan yang ingin dibaca dan pilihan di tangan kita untuk memilih.

Umi nak kongsi buat sesiapa yang berminat dengan novel, cerpen atau puisi boleh baca secara percuma di Portal Ilham secara digital atau seakan e-book seperti yang boleh kita muat turun selepas membeli secara online di Google Books > baca SINI <



Macam mana nak buat:

1. Login ke www.portalilham.my (kalau guna desktop atau laptop)

2. Daftar masuk dengan isi butiran yang diminta (mudah jer)

3. Boleh juga login guna account facebook




4. Muat turun applikasi melalui Google Store atau Apps Store 

Umi syorkan muat turun ke dalam handphone atau tablett untuk membuat pilihan cerita/novel memudahkan kita membaca bila-bila masa.

klik jer menu untuk pilihan

pelbagai cerita menarik untuk dibaca

So far Umi dah baca banyak jugak novel untuk buy time sewaktu memasak dan waktu menaiki kenderaan awam untuk ke pelbagai acara.  Banyak la jugak cerita yang Umi dah baca kat sini dan dengan memuat turun aplikasi lagi memudahkan kita membaca setiap bab yang ada.

Seperti di Google Books, kita boleh membeli novel secara digital atau versi cetak dimana bila kita klik kita akan berada di laman Mall Karangkraf dengan harga yang berbeza (kadang²). Sangat mudah!

Nota:
Kalau ada yang percuma tu kenalah kita ambil peluang kan dari kita buat benda tak berfaedah, membaca pun bagus jugak tapi pastikan apa yang kita baca tu bukan cerita lucah atau yang tidak baik tapi membaca untuk menambah ilmu dan untuk dijadikan sempadan.

Serius memang berbaloi dan selamat membaca