Buah Mahkota Dewa Ubat Tradisional | Buah mahkota dewa memang tidak asing pada pengamal perubatan herba dan tradisional kan dan Umi pun dah lama tau dari rakan kat FB tapi tak berapa arif apa khasiat buah ni sampai pokok yang pertama kali mengeluarkan hasil tapi dicuri orang..dalam hati terdetik..hebat sungguh buah ni sampai tahap dicuri gitu kan.  Dan baru-baru ni sewaktu berkunjung ke rumah Kak Ndak (kakak ke 3) dia bagi Umi 2 biji buah MD yang dia dapat sewaktu berkunjung ke Raub dan Umi pun konon2 la nak semai hehe...part ni memang kelakar sebab tangan Umi panas tapi mana la tau kan..kot2 lepas ni menanam sebarang pokok boleh menjadi...tak gitu?

Buah Mahkota Dewa Ubat Tradisional
dah cukup masak buah mahkota dewa ni
Dan 2 hari lepas Umi sekeluarga ke Skudai rumah ipar atas urusan keluarga dan memandangkan DH dan the girls ni peminat durian..apa lagi diajaknya kami ke Kg Sawah dalam daerah Pontian...jauh la jugak perjalanan sampai tersenguk2 la mengantuk..hehe. Umi ni bukan boleh bau durian tapi kena la ikut kan..memang luas la dusun durian Hj Wahab (kalau tak silap la nama dia)..ada pokok pulasan, rambutan dan semestinya durian yang bergayutan di pokok dan berjumpa la akhirnya pokok mahkota dewa dengan buahnya yang masih muda...rezeki kannn.  Tuan rumah pun siap offer nak bagi buah ni tapi buahnya masih muda dan juga Umi pun tak rasa nak mencuba..tapi tengoklah nanti kan lagipun dalam simpanan ada 2 biji..cukup la kalau nak mencuba.


Jadi Umi nak kongsi kegunaan dan khasiat buat mahkota dewa ni.

Kandungan serta khasiat buah mahkota dewa
  • Buahnya boleh menghilangkan kegatalan (antipruritus) dan antikanser
  • Mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan)
  • Kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid. Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun dalam tubuh
  • Polifenol berfungsi sebagai anti-histamin (anti alergi)
  • Saponin menjadi sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistemr kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah dan mengurangi penggumpalan darah
  • Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah  terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurang kandungan kolestrol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandung anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan 

Cara menggunakannya buat pesakit diabetis

Cara 1:
Buah mahkota dewa yang telah kita hiris nipis dan kering tu kita rebus dan air rebusan ini diminum macam minum teh tanpa gula, seeloknya diminum diwaktu malam sebelum makan dan diminum 2x sehari (bagi yang pertama kali mencuba) iaitu diwaktu pagi dan waktu malam dan bagi yang dah biasa boleh minum 1 kali sehari sebelum tidur.

Pastikan sebarang perubahan kita bila meminmumnya kerana buah ni katanya menghasilkan kehangatan yang agak ketara selepas beberapa hari diminum seperti pening. Kalau berlaku, berhenti minum buat beberapa hari dan kemudian disambung balik.  Pastikan air rebusan tu tidak terlalu pekat yang akan menyebabkan rasa pening.


Cara 2:
Kulit buah mahkota dewa dihiris nipis-nipis dan dikeringkan. 
Bila sudah kering (pastikan betul-betul) kering, rendam dalam air panas macam buat teh dan diminum

Nak tahu lebih lanjut pasal buah mahkota dewa ni klik <SINI>

Mungkin ada orang lain menggunakan buah mahkota dewa ni dengan cara yang berbeza tapi tu la yang Umi dapat dari empunya kebun.