Bulan Ramadhan yang bakal tiba dan sangat-sangat ditunggu merupakan bulan yang sangat istimewa buat umat Islam seluruh dunia dan kalau kat Malaysia yang bukan Islam pun turut sama meramaikan sebab masa ni la pelbagai jenis makanan tradisional seluruh Malaysia boleh kita dapat hanya di satu tempat.  

Baru-baru ni Umi dan beberapa blogger yang lain dijemput oleh pihak Hotel The Royale Chulan Bukit Bintang untuk mencuba dan merasai masakan buffet Ramadhan yang akan disediakan pada bulan Ramadhan di Sunflower Brasserie yang akan menyajikan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan masakan ala kampung yang menyelerakan buat para pengunjung nanti.

Jom tengok apa menu Buffet Aneka Selera akan bermula 16 Mei hingga 17 Jun 2018yang mungkin korang boleh masukkan dalam senarai tempat makan untuk berbuka nanti kat SINI untuk hidangan yang sangat menyelerakan.

Pada 14 Mei juga pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang akan melancarkan acara derma "Kasih Ramadhan" yang mana derma yang terkumpul akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa pada tahun 2018 juga.  Setiap penderma yang menderma sebanyak RM10 akan diberikan kad Ketupat yang akan digantung pada "Palm Tree" yang ditempatkan di lobi hotel. Sebanyak RM100,00 berjaya dikumpul pada tahun lepas dan diserahkan sebagai acara amal "We Care" yang dijalankan atas inisiatif kakitangan hotel Royale Chulan sendiri.

Main Course
Nasi Putih, Nasi Hujan Panas, Ayam Percik, Daging Dengdeng, Ikan Patin Tempoyak, Pajeri Nenas, Udang Masak Lemak Cili Api, Labu Masak Lemak Putih Udang Kering

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Sup
Sup Tulang Rawan dengan rencah daun sup, bawang goreng, cili kicap, limau, serunding daging, serunding ikan, roti benggali, mee hoon kuning

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Stall I
Bubur Lambuk dengan rencah daun sup, bawang goreng, cili kicap, limau, serunding daging, serunding ikan

Stall II
Pulut Kuning, Gulai Kawah, Rendang Itik

Stall III
Kambing Bakar dengan butter vege dan Nasi Arab

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Appetizer
Acar Rampai, Kerabu taugeh, Kerabu Ulam, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga, Telur Masin, Puyuh Goreng Rempah, Ulam-Ulaman Tempatan, Aneka Jenis Keropok, Aneka Jeruk, Ikan Masin, Sabal Belacan, Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak, Sambal Cili Hijau, Sambal Kelapa, Air Assam, Sambal Kicap, Budu, Cincalok

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Pencuci Mulut
Aneka Biskut Raya, Dodol, Buah Kurma, Rempeyek, Bahulu, Fruit Tart, Cream Puff, Cheese Tart, Cream Caramel, Sago Gula Melaka, Assoted Pudding, Assorted French Pastries, Assorted Malay Pastries, Serawa Durian

Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
Minuman
Sirap, Sirap Bandung, Soya, Ice Lemon Tea, Mango Cordial, Teh Tarik, Nescafe Tarik


Jangan risau bila dah berbuka tu, korang boleh mengerjakan solat di Surau yang disediakan


Buffet Aneka Selera akan bermula 15 Mei hingga 17 Jun 2018

Harga : 
RM98/dewasa dan RM60/kanak-kanak dan warga emas

Alamat :
17 021 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

No Telefon
603-2147 9898

Laman Sesawang
www.royalechulan-bukitbintang.com


Nota : Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dulunya dikenali sebagai The Royale Bintang Kuala Lumpur, jadi jangan keliru sebab ada Hotel Royale Chulan Jalan Conlay yang terletak berdekatan Pusat Karangkraf.