Drama Klik! Pengantin Musim Salju Yang Ditunggu-tunggu | Memang menunggu sangat sebab asyik tengok Nana dan fans update kat twitter pasal drama ni.  Sejak menonton drama Dia Semanis Honey gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana, memang suka sangat dan terasa chemistry diaorang berdua dan Siti Nordiana pun dah semakin bagus dalam bidang lakonan bila dia berganding dengan Fikry Ibrahim dalam Cekelat Semanis Honey.

Klik Pengantin Musim Salju



Drama : Klik! Pengantin Musim Salju
20 episod

Senarai pelakon :
Alif Satar (Adam Putra), Siti Nordiana (Kasih Lateefa), Atikah Suhaimie (Karlisha Zandra), Adam Lee (Hud Mikael), Lan Solo (Irham), Cik Maggis (Nana), Dafi (Sam),  Ardell Aryana (Layla), Nina Juren (Tengku Alawiyah) dan Norlia Ghani (Tengku Maryam).

Drama Pengantin Musim Salju ni diadptasi dari novel Suri Riyana dan akan bersiaran bermula 14 Mei 2018 dari jam 7 malam di Astro Ria 104, Astro Ria HD 123 arahan Hadith Omar.

Jom like FB > Klik-Pengantin Musim Salju

Entahlah kali ni tak terasa nak cari novel ni sebab tak jadi spoiler tapi mana tau kot-kot esok lusa novel ada dalam tangan kan tapi kalau nak baca boleh jer kat Wattpad tapi bukan yang complete ya adik-adik sekelian..hehe tapi tadi Umi dah tonton online sebab waktu Maghrib kan lagipun tengah layan drama lakonan Aeril Zafrel pun kena tonton online juga *sobsss

Pelakon Pengantin Musim Salju

SINOPSIS
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengatin olok-oloknya kerana tunangnya, Karlisha Zandra membatalkan perkahhwinan mereak pada saat akhir.  Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi.  Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebat dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

" Do you know how much I love you?"

" Err..selebat ribut salji Hokkaido?"

" Lebih lebat dari itu, sayang..Tak terkira dahsyatnya "

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia.  Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?