Rapatkan Saf - Kempen Ramadan TV AlHijrah | TV AlHijrah kembali menemui penontong pada Ramadan 1439H dengan menghidupkan semula tema Ramadan yang lalu iaitu Rapatkan Saf.


Tema Rapatkan Saf Ramadan 1439H ini tidak datang hanya sebagai slogan namun tema ini diliht kekal relevan sebagai iktizam dan atekd sebuah stesyen televisyn berkonsepkan Islam untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan serta menggerakkan fizikal dan minda para penonton kearah kejayaan dalam perjuangan mereka di bulan yang mulia ini. Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyusun strategi yang komprenhensif untuk menyajikan program-program yang terbaik yang mampu menyemarakkan Ramadan semua . 

LIMA SAJIAN EKSLUSIF RANCANGAN-RANCANGAN DARI PELBAGAI GENRE Ramadan tahun ini memperlihatkan susunan strategi rancangan=rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan penonton pada Ramadan lalu.

Antara rancangan baru yang diperkenalkan Ramadan ini adalah seperti Jalan Amanah, Siri Animasi Farhaa, Kapsul Majlis Hafazan Antarabangsa 2018, Selingan Hasrat, Masjid ke Masjid dan lain-lain.  Namun begitu, lima program utama yang dipilih stesen ini dan dijangka bakal mendapat tontonan tertinggi adalah Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi

Seruan Berzakat | Setiap Isnin | 6.30 petang
Sepanjang Ramadan ini, penonton akan dipandu untuk memahami perihal Zakat menerusi Lembaga Zakat Kedah.  Rancangan ini akan membawa penonton menelusuri sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat sebagai sebuah institusi negeri.  Turut dimuatkan peranan institusi zakat terhadap lapan golongan asnaf di negeri Kedah.


The Chosen | 6.30 petang | Mulai 11 June 2018
The Chosen adalah sebuah dokumentari Bahasa Inggerins terbitan dalaman TV AlHijrah.  Menerusi rancangan ini, penerbit rancangan iaitu Fitri Musa akan berkongsi kisah dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi dinafikan hak kemanusian mereka walaupun sudah menetap di negara itu selepas terjadinya peristiwa Nakbah sekitar tahun 1948. Dokumentari ini juga akan mengimbas semula tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila pada sekitar tahun 1982 menerusi kaca mata mangsa yang melalui sendiri peristiwa pahit tersebut.


Cooking With Colors | Setiap Hari | 5 Pagi, 10 Pagi, 11.30 Pagi, 4 Petang, 5.15 Petang
Cooking With Colors adalah sebuah program masakan yang dihoskan oleh Chef Shahrim, seorang chef bertaraf antarabangsa juga seorang doktor dan pelukis.  Berbeza dengan program masakan yang disiarkan sebelum ini, Chef Shahrim akan menggabungkan seni masakan dan seni lukisan dalam persembahan beliau.  Menarik sekali apabila Chef Shahrim akan terlebih dahulu melukis gambar menu masakan yang akan beliau sediakan.
Seterusnya penonton akan dibawa bersama-sama ke pasar-pasar terpilih untuk membeli bahan mentah.  Chef akan berkongsi tips-tips pemilihan bahan mentah yang terbaik.
Pelbagai tempatan dan antarabangsa yang mudah dan cepat untuk disediakan pada bulan Ramadan istimewa untuk penonton TV AlHijrah.

Poket Akhirat | Setiap Jumaat & Sabtu | 6.30 Petang
Poket Akhirat adalah sebuah rancangan berbentuk drama dokumentari tajaan Lembaga Zakar Kedah yang berkongsi kisah golongan asnaf dalam meneruskkan kehidupan seharian menggunakan sumbangan zakat
Penonton berpelung memahamii secara mendalam tentang fungsi dan peranan agihan zakat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah

Iringan Illahi | Setiap Selasa | 6.30 Petang
Iringan Illahi adalah sebuah program travlog dakwah kendalian Ustaz Ashraff Suarin.  Sanbil menikmatii keindahan alam, Ustaz Ashraff Suarin akan mengambil pendekatan berbeza dalam mendekati umat Islam Malaysia yang keciciran dari arus perdana.  Antara yang disantuni Ustaz Ashraff Suarin adalah seperti umat Islam yang keciciran antaranya kaum Bajau Laut di Sabah.


Singgahan Abdi | Setiap Khamis | 6.30 Petang
Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota MEkah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah Umrah.  Selain daripada penerangan tentang ibadah Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk memilih agen pelancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjad mangsa penipuan.

ACARA LAPANGAN SEPANJANG RAMADAN
Selain susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti Kerohanian, Majalah, Drama Dokumentari, Travelog, Masakan, TV AlHijrah turut melaksanakan pelbagai aktivit lapangan untuk penonton setianya.
Antara yang sudah direncanakan adalah Bubur Lambuk, Bubur Lambuk Antarabangsa, Qiamulail dan Quran Hour.


Bubur Lambuk
Tradisi pengagihan bubur lambk di bulan Ramadan diteruskan untuk tahun ketiga.  Sebanyak sepuluh trak saji akan bergerak dari AlHijrah Big Studio (ABS) menuju ke enam destinasi setiap hari bagi mengedarkan 7000 bungkusan bubur lambuk.

Sedikit kelainan pada tahun ini, bubur lambuk resepi turun temurun Restoran Pak Monek Kampung Baru akan dimasak dimasak secara bergotong royong setiap hari di AlHijrah Big Studio (ABS).  Program edaran bubur lambuk TV AlHijrah ini turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Putrajaya, Persatuan Food Truck Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.

Bubur Lambuk International
Pada tahun pertama diperkenalkan program bubur lambuk International, hanya lapan negara sahaja dipilih sebagai lokasi agihan sepanjang Ramadan.  Namun begitu, atas respons positif dan sambutan hangat masyarakat luar negara, kre Bubur Lambuk International akan menjelajah keempat belas buah negara baru pada Ramadan kali ini.  Negara-negara tersebut adalah Morocco, Korea, Indonesia, Perancis, Ethiopia, Jordan, Turki, Scotland, Mekah, Rusia, Oman, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.

Aktivit yang mampu mengeratkan ukhwah ummah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia ini mendapat sokongan penuh pihak Kedutaan Malaysia, pelajar-pelajar universiti dan juga penduduk tempatan.

Qiamullail
TV AlHijrah turun padang untuk bersama penonton setia TV ALHijrah bagi mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramaan.  Qiamulail yang dibawakan secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dilaksanakan pada abtu, 9 Jun 2018 bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi.  Antara pengisian yang telah dirancang adalah termasuk memberikan pengisian rohani seperti Majlis Tazkirah sebelum Berbuka Puasa, Solat Terawih berjemaah, Tadarus AlQuran, Tazkirah Ramadan, Solat berjemaah, Sahur dan Kuliah Subuh, Selebriti TV AlHijrah turut turun paang untuk sama-sama merapatkan saf

World Quran Hour
Bacaan Al Quran secara beramai-ramai akan dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H.  Acara yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Okhlas ini akan disarkan di stesen TV AlHijrah

Program ini mampu menggalakkan umat Islam untuk lebih menghayati Al Quran sekaligus membuka mata orang bukan Islam akan keindahan Islam serta amalannya.