BolehCompare Memudahkan Kehidupan Kita Dan Jom Buat Duit ! | Pernah tak korang tahu tentang BolehCompare.com? Sebuah website yang dibawah MDEC (Malaysia Digital Workers Company) e-rezeki yang menawarkan perkhidmatan perbandingan secara percuma dalam kita mendapatkan produk yang tepat, jimat masa, jimat wang dan pilihan yang tepat dalam kita mencari harga yang terbaik untuk telco, bank, insuran, bank dan peranti pintar secara online dan offline.  Menariknya lagi kita boleh buat perbandingan dari segi harga dan tawaran.  Jadi kita boleh kita membuat pilihan yang tepat mengikut bajet kita.  Setiap produk dan perkhidmatan di BolehCompare.com adalah sentiasa dikemaskini, jadi tak perlu risau bimbang tersilap info dan sebagainya.  Menarik kan





Di bolehcompare.com bantu hanya 3 langkah mudah untuk kita dapatkan produk yang kita inginkan iaitu :
  • Pilih kategori/jenis produk yang ditawarkan
  • Bandingkan produk tersebut dan buat pilihan terbaik buat diri kita
  • Lengkapkan borang dan BolehCompare akan bantu untuk permohonan

TELCO
Semakin banyak TELCO semakin sukar kita untuk buat pilihan lebih-lebih lagi setiap Telco menawarkan pakej telekomunikasi dan internet pada kadar yang hampir sama tapi tidak serupa.
Bila tengok harga, Telco A murah dalam beberapa RM berbanding Telco B atau Telco C tapi kita sebenarnya diantara semua Telco yang menawarkan tawaran terbaik tu ada yang kita tak sedar atau perasan kekurangan atau kelebihannya. Jadi BolehCompare.com membantu kita buat keputusan yang pasti akan menguntungkan dan berbaloi dalam kita hendak berjimat. 



  • Broadband - tak pasti apa yang patut kita dapatkan untuk home broadband atau mobile broadband untuk dirumah? Tak tahu apa yang terbaik antara yang lain.  Terdapat 79 broadband plan yang boleh kita pilih dan kalau kita ragu-ragu, kita cuma perlu masukkan 3 produk yang mungkin mengikut bajet dan specifikasi untuk BolehCompare bagi saranan mengikut contract, kuota data, kelajuan dan bayaran bulanan yang bersesuaian dengan bajet kita

  • postpaid plan (phone bundle), terdapat 512 pelan pilihan di jenama mobile phone, jenis telco, kuota data, bayaran bulanan yang kita mampu, harga phone, kapasiti device dan tempoh kontrak
  • Postpaid (sim only) terdapat 20 mobile plans yang kita boleh bandingkan mengikut kesesuaian dan kemampuan kita dengan kita cuma bagi masukkan monthly commitment, Telco yang kita inginkan, kuota data dan jangkamasa kontrak.

Apa pun terletak kepada kita untuk membuat pilihan yang terbaik buat kita.


2. Bank
Sekiranya kita ingin mendapatkan Credit Card, Home Loan dan Personal Loan ingin boleh kita buat perbandingan d BolehCompare.com.  Cuma pilih apa yang kita hajati.




Credit Card
- terdapat 102 tawaran dari pelbagai institusi bank dan kita cuma perlu membuat pilihan dalam kategori apa yang kita perlukan credit card tersebut samada cash back, travel, low interest, 0% balance transfer, no annual fee, petrol, dining, reward atau online.  Terpulang kepada korang dan pastikan bersesuaian dengan bajet kita? cuma tekan Apply Now atau Read More untuk kita isikan maklumat peribadi korang untuk langkah seterusnya. 

Pinjaman Perumahan (Home Loan)
- terdapat 46 home loan sedia untuk dipilih dan untuk kita membuat perbandingan cuma masukkan jumlah yang ingin dipinjam dan jangkamasa (tahun) pinjaman yang kita inginkan. Kemudian BolehCompare akan senaraikan institusi bank yang kita boleh pilih mengikut kemampuan kita.  Kalau berminat, terus tekan Apply Now atau Read More untuk lihat lebih lanjut apa yang mereka tawarkan. Lepas ni kalau nk beli rumah atau buat rumah sendiri pakai servis tukang & kontraktor, boleh compare kat sini kan untuk dapat tawaran terbaik.

Personal Loan
) - terdapat 21 pinjaman peribadi dari pelbagai institusi untuk kita pilih,  cuma masukkan jumlah pinjaman dan jangkamasa.  Senarai interest, jumlah pembayaran dan bayaran bulanan akan dipamerkan dan kalau berminat kita cuma perlu tekan Apply Now atau Read More untuk lihat lebih lanjut apa yang mereka tawarkan.


3. Insuran
Terdapat 40 pilihan medical insurance untuk kita pilih dan kita boleh bandingkan dari segi premium, room & board, annual limit, lifetime limit dan panel hospital. tekan Apply Now atau Read More untuk kita isikan maklumat peribadi korang untuk langkah seterusnya. 



BolehCompare Memudahkan Kehidupan Kita Dan Jom Buat Duit !

Buat duit dengan BolehCompare.com

Nak tau caranya? Senang jer.
  • Pergi ke website BolehCompare 
  • Tekan butang +More dan pergi ke akaun Affiliate
  • Pergi ke "Promote Now" dan pilih produk yang kita nak kongsi - broadband, postpaid, insurance, bank, property services atau mobile phones & accessories
  • Kongsi ke Facebook, Twitter, Google, Whatsapp atau lain-lain.Sesiapa yang berminat akan klik pada button 'I'm interested Sign Me Up' seterusnya mengisi borang yang disediakan.

Mudah!

Nak tambah lagi? kita juga boleh perkenalkan kepada kawan-kawan  tau
  • Klik Invite & Earn - kita boleh copy link dan letakkan di social media korang untuk pelawa kawan-kawan untuk turut serta dan sama-sama menjana pendapatan.  Bila diaorang klik, diaorang boleh daftar pada pautan yang seterusnya. Sebagai introducer, kita akan dapat 5% dari sales commission.  Menarik kan.  
Mudah saja, tak sampai tempoh 24 jam pendaftaran berjaya dilakukan, sekiranya dalam tempoh 24 jam korang belum terima apa-apa pengesahan melalui e-mail. Sila hubungi 010-2585888 untuk dapatkan bantuan.