Kenangan Bersama GST 6% | Bermula 01 Jun 2018, GST 6% akan menjadi 0 % seperti mana yang diumumkan oleh Kerajaan Baru pimpinann Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir. Dengan ni bermakna para pedagang harus menurunkan harga barangan berkuatkuasa pada 01 Jun. Harap tak ade la yang berdegil kan.  Hal GST 0% ni pun jadi kontroversi oleh puak-puak yang tak puashati..alahai..biasa la kan kita manusia ni kekadang tu memang suka mengomel, komplen sana, komplen sini walhal depa bukan faham pun. Untung-untung boleh jadi famous kan. Tapi kalau famous untuk tunjuk kedangkalan diri tu..simpan untuk diri sendiri je la..hahah ehh melalut sunggah dah ni.

Alkisah kenangan GST diperkenalkan April 2015, Umi dan team memang rasa tertekan lebh-lebih walhal cool pulak si Liez yang menjaga hal ehwal perkhidmatan berkenaan penginapan, pengangkutan dalam Malaysia, dengan tak cukup informasi memang buat meroyan sakan, geram sesangat sebab deadline yang kami kena patuhi. Bayangkan bila buat pakej dalam negara, berapa banyak kerja kena buat bila melibatkan hotel, pengangkutan, tiket ke taman teman, makanan buat pelanggan dari luar negara. Tu hal dalam syarikat, belum lagi hal peribadi dan sebagai pengguna yang kena cukai 6% bila makan kat kedai, korang rasaa? tak mengelegak dalam jiwa kah? hehe  Tapi tu semua kenangan terindah la jugak hehe,  Kalau nak cerita mau 1001 malam pun tak habis tau

Selamat tinggal GST!