Salam Aidilfitri! Raya 2018 Yang Terlalu Berbeza Buat Keluarga  | Masih tak terlambat nak ucap Salam Aidil Fitri kat semua yang sudi menjengah blog Umi ni.  Agaknya macam mana sambutan raya korang agaknya ya.  Yang pasti meriah kan ;D

Mengikut jadual, tahun ni memang lain selain kami tak ke Kedah sebab hujung Jun kena ke Kedah untuk KC Iman akan sambung pengajian  semester 3, jadi kira beraya la jugak kan dan minggu ke 2 Aidilfitri kami  ke Gua Musang. Fuhh dengar pun dah rasa penat..hehe.  Nanti kalau sempat Umi cerita perihal trip ke Gua Musang dan balik kampung ok.

Salam Aidilfitri! Raya 2018 Yang Terlalu Berbeza Buat Keluarga


Seperti kebiasaan, Khamis malam Jumaat, giliran Umi menginap kat rumah mak dan hampir subuh Umi balik almaklumlah nak balik panaskan gulai daging, rendang ayam pencen dan nak sediakan sebelum DH pergi ke masjid untuk solat Aidilfitri. Balik dari masjid jer DH cakap jom kita ke rumah mertua  Chengkau, NS sebab Abg Chaq beraya kat Chengkau..entah lah rindu pulak DH kat abang dia dan boleh la kami melawat bapa mertua BIL tu.

Serius tau memang tak sangka sesak giler jalan menuju ke arah selatan ni, dan terasa memang taubat weh nak ke sana bila tiba musim cuti gini..patutnya dalam satu jam setengah jer tapi dekat 4 jam hehe.  Merasa la juga beraya kat kampung walau bukan kampung DH sendiri kan. Sempat pulak kami ambil gambar keluarga dengan suasana kampung


Balik dari Rembau, pastilah jengah ke rumah mak kan dan time tu memang dah ramai adik beradik yang ada dengan anak menantu, cucu dan cicit mak dan abah..rumah kecil memang sesak la tapi tu la  ish kami suka bersempit-sempit gitu..hehe. Memang jenuh makanan dengan masakan kakak dan ipar duai, dengan lontong, nasi lemak, pelbagai rendang daging dan ayam...memang banyak tapi sayangnya abah masih tetap tak de selera makan.  

Abah tak mahu makan sejak awal minggu malah Umi buatkan kuih lepat liat yang jadi antara kegemaran dia pun dia tolak, dia tutup mulut dan memang abah tak de kederat langsung. Even masa Umi papah abah untuk mandi pagi tu pun dia memang dia semakin lemah. 

Ya Allah kesian sungguh kat abah, dan akhirnya kami adik beradik sepakat untuk hantar abah ke hospital untuk drip yang pasti akan bagi dia tenaga balik kan.  Memandangkan Kak Uda bekerja dengan JPAM, so kami dapatkan khidmat ambulan untuk hantar abah ke Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) sebab abah kan pesara tentera.




Jenuh la jugak Umi dan Kak Uda tunggu sebab doktor kena buat pemeriksaan rapi dengan dimasukkan air sebelum boleh discharge abah.  Terasa berlengit dan berlengas, Umi dan Kak Uda pun minta diri untuk balik memandangkan keputusan tak dapat lagi dan jam pulak dah lewat. 

Lebih kurang jam 11 malam, pihak HATTM call dan maklumkan abah dah dimasukkan ke wad. Lagi sekali Umi ke hospital sebab doktor nak jumpa. Memang tak tahu nak cakap apa bila doktor bagitau abah kena infection sebab makanan yang dimakan tak masuk ke perut tapi pergi ke paru-paru.  

Allahuakbar...patut lah abah tak nak makan.  Malah doktor bagi tanya soalan yang buat Umi terkedu "you father might collapse, what should we do?" Allahuakbar...dan mula la Umi berwhatsapp dengan adik beradik apa possibility yang patut dibuat, yang doktor patut buat.  Pendapat kakak2 dan abang2 serta adik harus diambil kira dan Umi pun bagitau, "please do what is possible for my dad". Umi balik ke rumah dan the girls nak ikut, jadi kat hospital kami berkampung bersama Kak Lang dan Kak Ndak serta anak2 diaorang sampai jam 2 pagi. Syukur sebab HATTM bukan macam HKL, sebab kami boleh masuk keluar tanpa banyak soal.

Sesampai ke hospital, ramai doktor attend pada abah sebab BP dan HB turun rendah dan seperti yang doktor janji dia akan buat yang terbaik dan akan pastikan abah stabil.  Bila kami dapat melawat abah, memang sebab, sebab abah ditebuk di bahagian leher dan wayar berselirat, dengan tangan ada jarum masuk air, urin masuk kedalam bag dan tiub dimasukkan ke hidung untuk bagi minum susu selamanya! Memang sedih tengok abah, tiada daya dan yang lebih sedih tangan abah kena ikat kat katil sebab doktor tak mahu abah tarik tiub dan wayar yang dipasang..hiba tengok abah, seorang ayah yang nampak garang bukan bengis hehe tapi penyayang, suka bercerita, penuh dengan cerita dan sering bercerita pasal zaman mudanya sampai la cerita terkini. Abah pencen askar tahun1968, memasuki sebagai askar British dan kemudian ke askar Melayu. 






Kali ni abah cuma terlantar lesu di hari lahir ke 92 tiada lagi senyuman dan kalau dulu abah suka makan pizza tapi kini dia tak mampu makan seperti kita semua.  Abah mampu bersuara tapi sukar untuk kami fahami dan cuma boleh mengagak jer.  Berat sungguh dugaan untuk abah, dan semoga Allah SWT permudahkan untuk abah.


.
Pingat abah dalam laci yang masih disimpan dan jadi kenangan

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, kalau bab berpakaian, abah akan pastikan kami pakai kasut dengan stokin dan abah sangat punctual, askar la katakan.  Bila anak-anak Umi pulak lahir, abah dan mak la yang jadi pengasuh, mandikan mereka, suapkan makan dan mandikan diaorang dan part menyikat rambut tu memang part abah la lepastu bedakkan anak-anak. 

Dulu setiap kali Umi nak pergi kerja dia selalu ingatkan, jalan hati-hati, pastu langkah longkang elok-elok...dah kahwin dan punya anak ramai pun abah tetap ingatkan Umi pelbagai perkara. Dulu waktu abah sihat, dia pasti singgah kerumah lepas balik dari pasar, just nak jengah anak dia ni walau Umi dah pun punya 6 anak, tetap mak dan abah singgah kekadang tu kami sarapan pagi bersama pastu dia balik..rindu kenangan tu.

Selepas berada seminggu di hospital, abah dibenarkan balik kerumah sebab dia dah agak stabil tapi tetap kena bagi minum susu melalui tiub setiap 3 jam. Dan rutin Umi dan adik beradik pun terus berubah, untuk abah, untuk mak yang telah membesarkan kami dan kini tiba masa kami membalas jasa mak dan terutamanya abah yang terlalu uzur. Saat Umi buat post ni, abah dah nampak semakin segar tapi masih bedridden.  Doakan yang terbaik buat abah Umi ya.

Terima kasih kepada para doktor terutama Doktor Kapt Zul Helmi yang muka macam pelakon Qasem Nor (kata Kak Jang hehe), Dr Izwan Shah dan ramai doktor lain serta para jururawat yang melayan abah dan kami dengan baik sekali.  Terima kasih yang tak terhingga dari kami sekeluarga