Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin

Baru nak cerita pasal raya, walau raya dah masuk 3 minggu! Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin dari saya kepada semua sahabat yang mengenali secara peribadi mahupun hanya di blog dan di social media. Masih tak terlambat kan.

Raya Hari Jumaat Atau Sabtu?

Minggu terakhir puasa, tarikh hari raya menjadi teka-teki. Ramai fikir Aidil Fitri pada hari Jumaat tapi umi kuat mengatakan Aidil Fitri jatuh pada hari Sabtu. Tapi kalau jatuh hari Jumaat, mau kelam kabut la juga sebab rutin tidur di rumah bonda dan akan balik pada Jumaat tengahari.

Bila diumumkan raya hari Sabtu, memang senyum lebar dan lega, walau tak lega mana sebab banyak tugasan yang menanti. Bab membeli daging segar, santan segar dan ayam dah kami buat pada subuh Khamis.

Ladies always right! Betulkan? :D

Menu Raya

Seperti biasa menu raya kami pastinya ada ketupat palas, lemang, nasi impit, gulai daging utara, rendang ayam, dan kuah kacang. 



Kalau kuih pulak kami tempah 7 bekas kuih tart dari Liez, 1 bekas kuih makmur, 1 bekas kuih red cookies. Memang jarang nak beli selain kuih raya tu tapi kali ni support jiran kakak dengan membeli rempeyek kacang, kuih simpul dari kawan KC Iman.


Beraya Di KL

Awal pagi raya dah bersibuk kat dapur, hidangkan ketupat palas dengan gulai daging utara untuk hubby sebelum dia ke masjid sementara anak-anak bujang tu memang tak sarapan lagi la.

Balik dari masjid, mulalah sesi bermaafan dan berkongsi rezeki. Ayah bagi isteri dan anak-anak, sementara anak-anak yang bekerja akan memberi pada adik-adik walau mereka dah bekerja. Masa nilah kecohnya dan meriah suasana walau semua dah besar panjang.



Seperti biasa sesi bermula dengan umi dan hubby bersalaman dan bermaafaan. Kiranya kosong-kosong dan lepas seminit buat salah lagi. Tapi duit raya dah dapat. hahaha

Kemudian sesi Ayong, Angah dan Is (menantu) bermaafan dengan umi dan ayah. Untung depa, dapat duit raya juga dan sesi saling memberi.


Sesi Kak Yang, Kak Chik, Cik Meya dan CikCha bermaafan dengan umi dan hubby kemudian sesi anak-anka yang lebih muda bermaafan dan sesi memang tak pernah ditinggalkan apatah lagi masa ni dapat sampul raya.



Last sekali sesi bergambar kat luar rumah, tak jauh pun hanya di laman. Ingatkan nak buat kat studio tapi masing-masing sibuk, jadi bergambar je la seadanya. 

Janji ada gambar keluarga kan.

Sesi di rumah bonda


Lepas beraya, bermaaf-maafan, masa untuk sarapan sebelum masing-masing bergerak ke rumah bonda dan sesi bermaafan dan bergambar dengan adik-beradik yang ada. Masa nilah anak-anak akan bergambar dengan tok mak (bonda)





Hari Sabtu tu pulak kakak yang sulung menginap di rumah bonda, siap dimasaknya nasi minyak, ayam masak merah, acar timun. Memang penuh meja makan  kat rumah bonda dengan rendang daging, nasi impit.

Sehari sebelum raya, adik dah berkecah di dapur membuat 4kg rendang daging dan nasi impit. Memang puas la anak-anak makan.


Raya Di Kedah

Waktu tengah syok borak dengan adik beradik, ada call masuk. Rupanya owner homestay call bagitau ada homestay kosong untuk 2 malam


Awalnya tak nak balik kampung tapi balik juga kampung sebab memang niat hubby nak raya kat kampung.

Cerita balik kampung kat next entri je la.

Salam Aidl Fitri, maaf zahir dan batin dari saya buat semua sahabat yang mengenali secara peribadi dan di platform blog ini.

Post a Comment

0 Comments