Kemeriahan AFB Fun Day 2018 Penuh Ikatan Kemesraan  | Kisah AFB Fun Day selama 3 hari 2 malam  masih belum jemu dan masih diingati sampai hari ni. Umi pulak sahkan di saat akhir untuk hadir di hari pertama memandangkan Umi ada hal personal, tak dapatlah nak bermalam tapi tetap gagahkan diri untuk turut serta.  Mujur mommy Irra terima walau Umi confirm last minute dan terus bagitau kat Irra yang Umi akan join dengan 3 orang anak tapi bila tiba hari 2 orang anak gadis tu tak dapat join sebab dah mula kerja.

13 Julai 2018
agak kelam kabut jugak sebab setiap khamis Umi tidur kat rumah mak, lepas subuh baru balik, lepas tu ke rumah mak pulak untuk 2nd dan 3rd milk feed untuk abah dan seperti kebiasaan jam 2 - 2.30 baru selesai. Mujur hari Jumaat cikapplepie tak ada kelas tambahan tapi tetap kena tunggu untuk last milk feed tu. Selesai urusan kat rumah mak, terus Umi ke lokasi AFB Fun Day. Dug dag dug dag la jugak sebab tak pernah Umi jumpa in person mereka ni melainkan mommy Irra dan Eny di SBB dan pernah berjumpa Mya dan Akin di event Coolblog.

Tak susah nak cari banglo Taj Villa ni, yang cuma sepelaung dari rumah Umi dan cuma mengambil masa dalam 5 - 7 minit untuk sampai.  Pertama kali tengok banglo ni dah wow hati berbunga suka sebab nampak kemas, bersih dan yang paling teruja pastilah cikapplepie tu sebab ada kolam mandi.

Baca cerita tentang banglo Taj Villa di SINI


Bak kata orang putih "let the picture tell the stories" walau hanya sebahagian dan selebihnya disimpan dalam kenangan terindah kami hehe

Kemeriahan AFB Fun Day 2018 Penuh Ikatan Kemesraan

Sewaktu Umi sampai, diaorang pun baru jugak sampai selepas makan tengahari di 1Cafe yang tak jauh dari banglo. Sempat la berkenalan dengan blogger yang selama ini dikenali di laman social dan chat di dalam Whatsapp group. Aktiviti kami yang pertama ialah membeli barangan dapur untuk dimasak malam nanti.  Agak sarat la jugak kereta Umi membawa Irra, Faizal, Mya, Akin,  KC, Diya dan Arzmoha yang baru sampai terus kami tarik join sekali haha..dah jadi macam sardin rombongan cik kiah ke NSK. Sampai ke NSK, terus berbahagi tugasan untuk membeli jadi tak la buang masa kan dan kerja menjadi lebih cepat.

Usai sampai ke banglo untuk membuat persiapan sesambil berborak dan mengunyah kek coklat leleh moist air tangan PapaGlamz, brownies kedut Eny dan  cheezy sausage roll oleh Syu. 

Apa menu makan malam kami?
Ada udang, ayam, sosej dan daging kambing yang dibawa khas oleh Eny dari Ipoh dan ikan siakap bakar memang sedap kalau makan dengan air asam kan.  Thumbs up untuk Mya dan pokciknya yang rajin sungguh ke sana sini membeli barangan walau tersilap beli belacan.  Apa pun lawak papadom dan belacan memang tak akan dilupakan.

Kerja membakar ni kerja orang lelaki kan jadi tugasan tu diambil tanpa banyak soal dek PapaG,  DaddyG, hero mommy Irra, husband Syu, husband Ami dan pokcik kesayangan Mya serta Arzmoha yang kena ragging menghidupkan api sebelum dia berangkat balik..hehe

Sewaktu makan malam pulak berjalan serentak ice breaking, mengenali siapa yang tak kenal hehe, cukup santai dan hebat-hebat depa ni semua. Sambil makan sambil bergurau dana bergelak ketawa, memang fun sangat.  Lepas makan, acara bertukar hadiah  pun meriah walau masing-masing dah mengantuk apatah lagi anak-anak yang lepas makan terus terjun kolam ada yang dah terlelap pun.

Sedar-sedar dekat jam 1 pagi jugak la Umi bergerak balik ke rumah, letih tapi masih tersenyum.

Alhamdulillah, dapat juga Umi merasai kemeriahan walau hanya untuk sehari.


Kemeriahan AFB Fun Day 2018 Penuh Ikatan Kemesraan


Sememangnya kemeriahan 3Hari AFB Fun Day penuh kemesraan terjalin walau ada yang pertama kali bersua muka.  Keep it up you alls.

Kita jumpa lagi di lain masa.  InsyaAllah


Menjamu Selera di 1Cafe at Kemensah Grocer
Sewaktu makan tengahari Umi tak sempat join tapi cuma mampu telan air liur jer la tengok kawan-kawan share gambar juadah dan menu kat group whatsapp.  Haish mengancam sungguh.  Tak per nanti esok lusa, boleh ajak DH pergi ke sana. Tak jauh pun.

Lebih menyenangkan, cafe ni terletak berdekatan Masjid Al Iman, jadi sewaktu mak-mak dan anak-anak menjamu selera, para bapa pulak mengerjakan solat Jumaat.

Kemeriahan AFB Fun Day 2018 Penuh Ikatan Kemesraan

Tengok makanan yang kawan-kawan makan ni pun dah cukup menyelerakan dengan suasana cafe yang bersih, kemas dan teratur.

Kemeriahan AFB Fun Day 2018 Penuh Ikatan Kemesraan

Cafe ni  menyajikan sarapan pagi bermula 8 pagi, makan makanan ala carte dengan juadah Thai bermula  12.30 tengahhari atau pengunjung boleh datang untuk minum petang dari jam 4.30 petang hingga 7 malam.  Apa yang menarik ada Sup mamak Al-Deen Dorai (buat sesiapa yang rindu sup mamak dekat Jalan Doraisamy, jangan lepas peluang datang tau, yang pasti mengamit kenangan zaman muda mudi hehe

Cafe ditutup jam 10 malam

Alamat : 7-A, Jalan Romasra 1, Kemensah Heights, 68000 Kuala Lumpur

Facebook : 1Cafe at Kemensah Grocer

No telefon : 012 224 5025
AFB Fun Day baru jer selesai tapi rata-rata kami ni masih tak boleh move on lagi, dok teringat, dok terbayang aktiviti dan bonding sesama kami sama jugak dengan Umi dan harap next gathering boleh la berlamaan dan mengutip ilmu memasak dan ilmu berblogging dari blogger no 1 Malaysia ni.

Till next time...