Nasi Lemak sememangnya makanan kegemaran rakyat Malaysia tak kira kat mana kita berada atau dalam  situasi mana pun, pagi, tengahari, petang, malam malah tengah malam pun ada jer orang menjual dan membeli nasi lemak. Bukan orang Melayu jer makan nasi lemak ni malahan semua bangsa Malaysia pasti makan dan ada gak orang yang ada cheat day bila terbau nasi lemak..hehe

Tahniah kepada Nasi Lemak Pak Omar Champion diatas perasmian kedainya di Publika minggu lepas. Umi dan beberapa rakan blogger telah dijemput bagi memeriahkan majlis dan mencuba keenakan nasi lemak champion ni. 

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Tahu tak yang Nasi Lemak Pak Omar ni telah dinobatkan sebagai pemenang (champion) pada tahun 2013 dalam 10 acara pertandingan. Hebat kan!

Apa keistimewaan Nasi Lemak Pak Omar Champion ?
Pak Omar telah banyak menghabiskan masa mudanya dengan mempelajari masakan Melayu  di Kampung Baru.  Apa yang menarik Pak Omar mengekalkan nasi lemak buatannya dengan menggunakan bahan yang asli begitu jugak dengan rasanya.  Nasi lemak kukusnya dibuat penuh sempurna dengan bahan seperti halia, daun pandan, serai dan santan kelapa yang akan membuatkan menjadikan nasi lemaknya berbau wangi dan lazat serta dikukus secara tradisi.

Nasi lemak Pak Omar menyediakan pelbagai jenis pilihan buat peminat nasi lemak antaranya ayam goreng berempah, sambal sotong kering yang cukup lembut,rendang ayam serta rendang kambing dan rendang daging yang cukup lembut dan dimasak lembut ala Minang tambahan pula Pak Omar menggunakan yogurt.

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak Jumbo berharga RM39.90 memang sesuai untuk dimakan 3 - 4 orang yang mengandungi 3 mangkuk nasi lemak, ayam bermpah, sambal sotong, rendang kambing dan sayur kangkung

Antara lain menu nasi lemak adalah dengan Ayam Goreng Berempah berharga RM15.90 manakala penggemar kambing boleh mencuba Nasi Lemak Rendang Kambing pada harga RM16.90, Nasi Lemak Rendang Ayam - RM15.90, Nasi Lemak Sambal Sotong - RM14.90


Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Pak Omar juga menambah menu antaranya ikan kering berlada, sambal petai ikan bilis, bendi sambal dan acar.  Selain dari itu, pengunjung boleh menikmati Mee Siam dan Karipap bersaiz besar tapak tangan  (3 ketul untuk RM10)



Facebook

Instagram 
Waktu Operasi
Isnin -  Sabtu : (10 am - 9 pm)
Ahad : (10 am - 5 pm)

Alamat
Blok G2-A1-07, Publika
Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur
Telefon
011-56211006
Email